Oppo Smartphone 7 vs Xiaomi-4 (Mana Pilihan Terbaik)Oppo smartphone

10/05/2014 06:52:00 PTG Unknown 1 Comments

Ini kali nak buat review kejap mengenai Oppo smartphone dengan smartphone yang belum di dalam market Malaysia iaitu Xiaomi. 

Sekarang jangan pandang rendah dengan barangan China ni, majority dah banyak barang berkualiti juga. Agak gempar juga Oppo Smartphone ni berkali-kali kuar iklan di Tv3. Satu Malaysia pun rasa nak try juga beli. Tapi sebelum beli kena la sendiri buat ulang kaji dahulu awak sendiri rasa berbaloi atau tidak bergantung pada diri sendiri. 

Walaupun saya tak beli smartphone yang canggih-canggih macam nih, tapi sa tertarik juga specifikasi industri smartphone yang ada di pasaran. Tidak beli bukan bermaksud saya miskin okey. Ada sa terbaca orang lain comment dekat post orang lain cakap 

" Orang kaya beli smartphone baru keluaran pasaran, tapi orang bijak beli smartphone yang berbaloi bagi diri sendiri. "

Secara am, kedua-dua smartphone nih, memang barangan keluaran China. Dalam arena smartphone nih, dah boleh compete juga dengan smartphone lain seperti Samsung, Lenovo, Sony, Iphone... dan macam-macam lah. tidak larat cakap,terlalu banyak. 



Dalam perbualan saya dengan kawan sekelas saya ada kami bercerita pasal Oppo smartphone nih dengan Xiaomi. Pada asalnya saya bagai Katak Bawah Tempurung lansung tak tau pun wujud smartphone Xiaomi nih. Tapi since kawan saya tu dia kata nak beli phone baru, so dia pun da buat research dekat internet pasal handphone. Katanya : 

"Majority dealer China tidak berapa suggest guna Oppo smartphone. Sebab pertama gambar yang telah digambar akan auto edit. "

Dia beri contoh andaikan kalo kita bergambar, lepas gambar kita nak edit background cikit, kasi lebih cerah cikit, dan kasi leperkan muka cikit kalo ada lemak kt muka, atau kasi hilangkan tahi lalat kt muka tu cikit. Itu la fungsi utama yang buat orang ramai tertarik dengan camera Oppo. Dalam fikiran saya, orang yang suka selfie la sesuai Oppo Find 7 nih, (termasuk saya la kan.. heheh). 

Tapi masih lagi tak paham kenapa itu dipanggil kelemahannya sedangkan itu kelebihan yang orang ramai nantikan. (mungkin kawan saya nih tak suka berselfie kot.. huhu). So sa just balas dan cakap "oh.. ya.. betul la..." (walaupun rasa pelik dan hairan tapi kena la support pandangan orang lain cikit..kn?). Lepas tu dia pun cerita juga smartphone yang paling digemari penduduk China iaitu Xiaomi. Nak cerita lebih dengan dia tapi dh lecturer masuk dalam kelas. Huhu.. So saya balik rumah research jap guna kuasa superpower iaitu Google. Maka memang sah Oppo smartphone rate adalah kurang dari pada Xiaomi


Sumber :Phonearena
Agak terkejut pun ada, sebab smartphone yang agak tidak famous di Malaysia pun rating 10 !!
Ini Oppo Find 7 dengan Xiaomi Mi3, Tapi Xiaomi ada keluaran baru juga iaitu Xiaomi Mi4 !!

Xiaomi-Mi4

  • Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz yang disertakan dengan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB atau 64GB ( tidak menyokong kad microSD)
  • Bateri kapasiti : 3,080mAh
  • Skrin paparan : 5.1inch, 1080p
  • Kepadatan pixel : 441ppi
  • Kamera depan : 8megapixel
  • Kamera Belakang :13 megapixel



Oppo Find 7
  • Snapdragon 801 yang mempunyai kelajuan 2.5 GHz dan disertakan dengan 3GB RAM. Memori simpanan dalaman yang ditawarkan pada model ini adalah 16GB dan ianya juga menyokong kad memori microSD sehingga 128GB.
  • Bateri Kapasiti : 3000mAh
  • Skrin paparan : 5.5inch, QHD, 1440p
  • Kepadatan pixel : 538ppi
  • Kamera depan : 5 megapixel
  • Kamera Belakang : 13 megapixel

So mana pilihan anda?. 
Rujuk video tertera :
Xiaomi-Mi4



Oppo Find 7



Sumber :mobile88

1 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.