Pengalaman Pakai Braces A.K.A Pendakap Gigi Di Dr Faiz Dental Surgery

9/03/2017 02:36:00 PG Unknown 34 Comments

Helo.. Long Time No See...

Sorry lama tiada post.. Kira sudah 1 tahun tiada update post. Sebab macam-macam benda tidak sempat cerita di sni.

Sa cerita semua sekaligus la senang supaya tiada Part 1, 2, 3. Sa pun busy kerja selalu lupa update post. Sebenarnya baru-baru ni, sa perasan banyak kawan-kawan diluar sana cari sa inbox sa tanya pasal buat Braces lepas sa siap buat dan bagi rating review di Facebook Page Dr Faiz Dental Surgery.

Mula-mula saya pun macam kamu semua juga, research cari, check dulu Doktor Gigi mana yang paling murah, qualiti bagus yang penting cepat process tidak perlu tunggu or booking selama satu tahun lebih untuk sampai giliran sa. Finally sa cari ni Dr Faiz Dental sebab terbaca post Sophielouie.

Pertama, Check Gigi Bandingkan Harga
Sa buat check up gigi sa area Putatan punya dental clinic;
1 .  Klinik Pergigian Putatan (Bayar RM25 check up & consultation bagi sa mahal la, tengok2 gigi sa and then consult cikit for RM25 macam no value for money )
2.  Dr Faiz Dental ( FREE of Charge checkup & Consultation).

Sa tanya doktor gigi berapa biji gigi sa perlu cabut?

Klinik pergigian Putatan :  Doktor perempuan cina cakap perlu cabut 2 biji atas dan 2 biji di bawah Harga pasang braces :  anggaran RM6,000 - RM8,000
Deposit : RM500
Installment : RM200 - RM500 (sumber Facebook page dorng reply inbox)

Dr Faiz Dental : Doktor Hisham cakap "Depend, maybe 3 biji" and "Tapi kena tengok keadaan, kami suggest tidak cabut gigi customer kecuali ada rosak atau sebagainya"
Harga pasang braces: ada 3 jenis boleh pilih-pilih,

  1. Traditional ( Ada warna boleh pilih-pilih tali besi)
Deposit : RM500/ RM1,000 (Bole negotiate deposit sebab kawan sa bayar RM500 ja)
Installment : RM300 /RM250

 2. Litigation/ Self Litigating (Tiada warna bole pilih)
Deposit : RM2,000
Installment : RM300

3. Ada Paling Mahal Entah apa nama mcm cristal clear pny
Harga anggaran : macam sampai RM10,000 + (lebih kurang macam gitu la, sa pun tidak ingat sebab memang tidak terfikir maw buat mahal)




Kedua, Buat Appointment Seterusnya 
Lepas consult buat perbandingan, sa pun tengok juga harga dorng cabut gigi berapa scalling berapa, sebab before start pasang braces, memang kena buat dulu scalling (cuci gigi). Sa set appointment maw jumpa Dr Faiz buat scalling buat X-Ray. So sa sedia around RM300 mana lah manataw kena cabut gigi.

Dia mula-mula buat X-Ray (RM100), lepas tu dia baru Scalling (cuci gigi harga tidak ingat berapa)
Memang sakit la cuci gigi, bayankan gigi karang bertimbun di gigi tidak pernah kena cuci guna mesin, fuhh mw karate dengan mesin sudah tangan kaki sa bergerak-gerak. Doktor pulak suruh sa relax ya.. relax ja.. dalam hati sa fikir macam mana maw relax? Sakit baituh...
So second appointment sa bayar RM200+ sebab sa buat X-ray dengan scalling ja, tiada gigi rosak, tidak perlu cabut.. yehhhaaaa..

Ketiga, Moulding & Pasang Braces
Masuk appointment ketiga sudah boleh pasang braces. Cepat ow..Kira macam seminggu check next minggu scalling X-ray, then terus boleh pasang sudah braces. Rasa exited.  Sebelum buat braces, Sa kena bagi surat agreement tuk baca dan fahami pilihan braces yang mana mahu. So sa decide pilih Litigation/self litigating, sebab sa tengok tempoh kesan awal lurus ambik masa kurang dari 2 tahun. Lepas tu Nurse Dr Faiz akan minta kita buat dulu moulding. Ni kira macam dorng maw ambik sample gigi rangka kita tuk buat kajian. Macam konon ambik shape gigi kamu la gitu maksudnya. Bau macam ubat gigi lembut2 lepas tu akan jadi keras dan doktor akan kc kuar bentuk yg dorng sdh dapat dari gigi kita. Then start pasang braces pergi bilik lain. Dr Faiz dengan nurse start pasang braces.  Kalo tidak silap, Jam 9.30 sa smpai, jam 10 lebih sudah siap pasang. Cepat doktor Faiz. Bukan sa maw puji la, Tapi mmg cara dia buat cepat also lembut ja cara dia bercakap.

Lepas habis pasang, doktor Faiz akan explain dulu mengenai gigi kita and then cakap kita akan rasa tidak selesa untuk beberapa hari, tidak boleh makan benda keras. Sa pulak ow..ow..ow.. tapi tidak percaya apa yang tidak selesa. Sa rasa oke ja pun..

TAPI..balik rumah sudah start sakit gigi.. Seminggu tu memang sakit maw mampus.. tidak bole tido makan pun susah orang cakap Tido Tak Lena, Makan Xkenyang, Mandi Tak Basah. Uinahh tiap malam mengeluh cakap "SAKIT" . Satu bulan sa memang masak bubur makan, jimat duit tapi ambik masa masak. Bole kah kamu bayangkan buka mulut masukan sudu yang ada bubur pun susah ow.. Terpaksa jilat la tu bubur di sudu..Gosok gigi pun kena slow2 gosok. Bukan calang2 sakit tu.. ngilu sampai masuk otak !!!.. Bole-bole pulak sa kempunan maw makan KFC masa sakit gigi...
ADOI.... tapi itu la pengalaman sa ..


Tadaaaa.. Sebelum pasang and selepas pasang FIRST DAY

Sekarang sudah lebih kurang 7 Bulan lepas pasang braces. Memang cepat la lurus gigi bawahku.. huhuuu. tiada sudah kuar masuk tu gigi...

Ini gambar lepas 4bulan. Nampak sudah lurus cikit.. Yang penting sekali, tidak perlu cabut sebiji gigi ! Happy !!

Selepas 4 bulan pakai braces


So if anyone minta advice apa semua sa sudah jawab semua soalan kamu di sini.. Ada apa2 boleh comment saja lah.. Thank.. adios..


34 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.