Kisah Aku dengan Kucing [Part 2]
Setelah kucing yang ku idamkan selama ni tetiba muncul pada 2 bulan yang lalu. Tidak ku sangka kucing yang sama telah kembalik dengan keadaan bunting. Dalam hati ku gembira melihat keadaannya selamat.Sebulan yang lalu pada 18 September 2014. Hari kelahiran anak kucing. Time tu, aku tidak sangka mumy meow akan datang ke bilik ku dan lahirkan anaknya. Kelihatan cemas dan kelam kabut bila tengok keadaan meow yang asyik mengiau bila masuk ke dalam bilikku.
Aku biarkan sahaja dia masuk ke dalam bilik ku dan teruskan berhadapan dengan laptop kesayanganku yang telah usang. Mumy meow explore bilik ku terutama tempat yang berselerak. Akhirnya jumpai tempat yang mumy meow rasa selamat untuk lahirkan anaknya. Iaitu dalam almari bajuku.
Nasib baik almari baju ku di bawah ada recycle bag. Dalam recycle bag la Mumy meow lahirkan anak bulusnya. (pandai juga kucing) Hari pertama juga meow lahirkan anak, Mumy meow tidak bergerak lansung. Hanya dalam recycle bag menyusu anaknya. Aku cuma tengok tanpa menggangu anaknya. Pada saat itu aku berfikir, (akhirnya Tuhan makbulkan permintaanku yang selamani inginkan kucing ). Aku berasa aku juga turut mempunyai tanggunjawab jaga Mumy meow dengan anaknya sekali. Mulai saat itu juga, saya berikan makanan dan minuman kepada Mumy meow yang tidak larat untuk bergerak.
Selepas beri makan dan minum aku tidak sempat untuk pegang anaknya. Sebab pernah aku dengar khabar, kita manusia sebaik-baiknya jangan kacau anak kucing yang baru dilahirkan, kalo tidak Mumy meow akan makan anak sendiri. (ehh, betul ker? macam tidak betul ja.) Tapi apa pun, kalo saya adalah Mumy meow saya pun xnk alien (manusia) lain ganggu aku dengan anak ku.
Aku memahami seorang ibu yang jaga anak. Jadi apa yang ku mampu buat hanya beri makan minum kepada ibu sahaja.
Beberapa minggu kemudian, bayi meow telah mempu berjalan. Turut buka mata. Dalam hari gembira terasa nk picit muka meow (sooo cute !!!!)
So hari ini lah hari kelahiran baby meow twin ... huhu..
0 ulasan:
Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.