Manusia Syaitan Columbia
Tatukan biji mata sehingga hitam |
Lebih dikenali sebagai syaitan Columbia atau Caim. Caim menghabiskan selama 11 tahun mengubahsuai tubuhnya terutama , dahi dengan implan tanduk, telinga, sehingga baru-baru ini mentatukan biji matanya sehingga hitam. Bagi Caim agak sukar untuk mengambil pengangkutan awam disebabkan penampilan fizikalnya yang agak pelik.
Caim berusia 42 tahun tidak akan berhenti untuk mengubahsuai tubuh badannya sehingga perubahan yang menyeluruh dan puas baginya. Caim terlibat dalam bidang tato, memotong rambut, dan turut sertai acara sebagai DJ antarabangsa.
Keluarga Caim yang taat kepada ajaran Kristian, tidak menerimanya dan menyebabkan dia terpaksa pindah dari Columbia ke Mexico, iaitu msyarakat yang sudi menerimanya.
" Kita semua berbeza, tidak kira ada pengubahsuaian atau tidak. Bagi saya, kecantikan itu terletak kepada perubahan, mengubahsuai dan berkembang. Jika orang lain mempunyai payudara silikon atau punggung yang besar, namun selera saya sedikit berbeza. " Katanya dalam Facebook page
Sumber : mirror.co.uk
0 ulasan:
Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.