Apa yang saya tak tahu, saya betul xtw.

9/29/2014 11:35:00 PG Unknown 0 Comments

Kadang kala , saya sendiri pun xtw apa yang sa xphm.
Itu la dalam kelas yang sa sering hadapi.

0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Cara Buat CheeseCake Tanpa Oven

9/27/2014 08:12:00 PTG Unknown 0 Comments

27/9/1963 itu la hari kelahiran ibu kesayanganku. So saya ingin sediakan cake untuk ibuku dan berikan kejutan. Boleh dikatakan first time buat cake di rumah untuk mumy. So kena la special cikit.  Daripada pergi makan pizza tiap kali birthday, bgus lagi saya buat benda yang xpernah dibuat dan makan di rumah jn?? Actually saya ni, creative la juga.. (konon la, sendiri puji sendiri... perasan lebih..tidak tahu malu la ni winnie..huhu)

Terima kasih kepada Youtube juga. Sebab tanpa Youtube Saya pun tak akan siap cake ini dengan sempurna. Hehe.. So ini hasil yang saya telah buat.. So kalo ada orang area Sabah mw order boleh contact la saya ya.. huhu.. (macam la terel sangat.,,).



Ingredient sangat simple. Cara buat pun simple. 

Bahan yang diperlukan adalah : 

Base : 
  1. 1 bungkus oreo (15 biji)
  2. Butter (separuh ketul butter 100g)
Cara penyediaan base:
  1. Lenyetkan biskut oreo sehingga seperti ini (boleh guna blender, boleh guna cara tradisional lesung batu)
  2. Cairkan butter dan campurkan ke dalam oreo yang telah dilenyet tadi. 
  3. Gaul sebati dan masuk ke dalam loyang tepek dengan spatula atau sudu.

Fillings:

  1. Oreo (1 bungkus, dipatahakan secaara kasar )
  2. Whip cream (250g)
  3. Gula halus (50g)
  4. Gelatin cristal (8g)
  5. Air (4 tbsp)
  6. Cream Cheese (500g)
  7. Vanilla esen (1 sudu)
Cara penyediaan fillings:
  1. Campurkan gelatin dengan air dan gaul di atas mangkuk air panas sehingga dilarutkan.
  2. Pukul whip cream sehingga pekat dan kembang dan biarkan.
  3. Pukul cream cheese sehingga jadi lembut. Masukkan gula kedalam cream cheese yang dipukul. Terus pukul dan masukkan gelatin yang tadi telah dilarutkan. Campur gula. Terus pukul sehingga kembang. 
  4. Campurkan adunan whip cream yang telah dipukul ke dalam adunan cream cheese tadi. 
  5. Masukkan vanilla esen. 
  6. Terus pukul sehingga adunan yang dicampur kembang dan boleh bentuk seperti gunung kecik. 
  7. Campurkan oreo kan telah di patahkan secara kasar.

    Gelatin campur dengan air dan digaul
    Whip cream dipukul
    Lepas tu letak la campuran whip cream dan cream cheese tu ke dalam loyang yang mempunyai oreo base tadi. lepas tu ratakan permukaan dan masuk ke dalam ice box (selama 4 jam) atau freezer (selama 2 jam).

Tada... Siap !! Awak buat la decoration sendiri guna oreo ker. Atau pun letak la buah ker.. Supaya xrasa muak sangat.. 



0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Technology 90an yang Anda tidak perlu lalui lagi

9/25/2014 06:34:00 PTG Unknown 0 Comments


Mash ingat kah anda handphone dahulu tidak mempunyai internet ? 
Dan masih ingat kah anda handphone yang kecik tu?







So mana satu handphone yang masih simpan kt rumah? 

Tentu lah masih ingat, kalo anak yang lahir pada 2000an ni pasti tidak tahu benda ni. 
Handphone yang paling tahan lama.
Biar dihempas , dilempar pun tidak rosak. 
Bukan macam Phone changgih macam sekarang..
Jatuh cikit dh hang trussss.

Kalo nak tengok video dulu kena beli tape dia yang besar macam ni.. 

Sekarang, xpayah beli tape dh, online je terus atau download movie tengok sendiri. 


Hah, satu lagi, dulu kena beli ni floppy disk, kalo nak save sesuatu..kan kan kan...? 
Sekarang xpyh, ada pendrive sudah.. 
Masih ingat lagi harga satu floppy disk ni RM1 dulu.. Huhuhuh


Kalo main game plak dulu ada ni.. macam gameboy la..


Sekarang dh xmain benda nih. Budak kecik masih bayi lagi main Smartphone, tablet touchscreen
Macam budak ni

Semua benda dh makin canggih sekarang nih.. 

Kalo awak semua perasan la kan, dulu orang bawa handphone besar, lepas tu tukar plak jadi makin kecik handphone. Lepas nih sekarang phone canggih touch screen pun sama, dari kecik jadi besar Macam tu Samsung S2, Samsung S3, Samsung S4,. 

Kereta pun sama juga, dulu kereta dh macam2 tukar, ada yang hybrid lagi, ada yang kereta tidak perlu isi minyak guna solar..  

Lagi 50 tahun akan datang xtw dh apa yang akan kuar.. 
Mungkin suatu hari nanti kereta berterbang dh...

Macam ni..


Dunia technology semakin maju...
Kita pun kena maju juga..Dari segi Mental dan Fizikal. 

Sampai sini jelah, Sekian. 


Sumber dari :Says.com

0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Kisah Aku dengan Kucing [Part 1]

9/18/2014 08:06:00 PTG Unknown 0 Comments

Kira-kira 2 tahun yang lalu, aku duduk dalam bilik seperti biasa, lepak peruk dalam bilik sambil online. Tetiba dengar suara meow. Adik ku Hilda tetiba kuar dari blik dan berkata

"Ada meow la, dia masuk bilik dari tingkap bilik aku" 

 Lalu aku cari kucing tu, warna putih dengan tompok oren. Nampak kurus dan suka bermanja bila nampak orang. Tapi pada masa tu, meow telah keluar dan bermanja dengan orang lain. Tidak lama kemudian, Tetiba dengar suara meow seperti menangis. Bila aku kuar ke pintu rumah, dan lihat, rupanya uncle ( Bapa Tiri ku) simbah muka kucing tu dengan cuka. Dengan hati yang sedih dan marah dengan perbuatan uncle. Lalu aku tegur uncle 

"Uncle kenapa ko simbah cuka sana? " aku tinggikan suara tanya. Lalu jawab uncle 
 "Sa sesitive dengan kucing bah, tidak suka dengan kucing. " 

Dalam hati aku panas memaki, " Apa lah salah kucing ni, kalo sesitive pun tidak payah la simbah dengan cuka, bodo betul la, sudah lah botak, tembah lagi bodo. Haih.. Sakit hati betul uncle ni., "

Lalu saya angkat kucing yang dalam kesakitan itu, matanya tertutup dan seolah2 bengkak mata. Sambil ku angkat sambil ku tegur uncle " Uncle jangan la simbah kucing dengan cuka " 

Lalu uncle membalas dengan alasan yang sama namun aku anggap dia tseperti halimunan dan tidak dengar alasannya. Dengan hati yang pedih melihat keadaan moew dalam kesakitan. Aku bawa meow ke dalam bilik mandi. Adik ku turut ikut serta melihat keadaan meow. Adik ku berbisik di telinga ku dan berkata 

"Bodoh juga uncle, sensitive dengan kucing tapi pergi simbah cuka, Bazir ja cuka, " 
Lalu ku balas " Yalah, bongok betul." 

Dalam bilik mandi aku siram air cuci mata meow dan badannya yang penuh dengan bau cuka. Meow melompat2 ingin lari, tapi aku bercakap dengannya

"Ya.. Ya.. jangan nangis, saya cuci mata kasi hilangkan cuka ok. Jangan risau, ok meow ? "

Aku boleh rasai degupan jantung meow yang laju bagai kuda berlari. Huhu. Dah tentulah takut, kucing tidak suka air. 

Lepas habis mandikan meow dan meow akhirnya dapat juga buka matanya yang bengkak. Lalu aku beri arahan kepada adikku untuk ambik tuala, tapi kami berfikir betul kah uncle sensitive dengan kucing? 

Aku tanya adikku " Cuba kita test try lap badan meow guna tuala uncle? Kita tengok uncle ni betul ka sensitive sangat? " 

Lalu adikku gelak dan cakap "Jom kita try" Tuala uncle cuma ampai sebelah bilik mandi. Lalu kami lap badan kucing titisan air guna tuala uncle. Hua..hua..Hua... 

Lepas lap badan, aku arahkan adiku ambik hair blow untuk keringkan bulu kucing lemah ni. Lepas itu, saya blow la kucing yang tidakku kenali asal usulnya dari mana. Setelah habis blo, aku bawa kucing tu ke dalam bilik ku. Demi mengelakkan dari uncle atau mak aku nampak kucing ini. Aku sanggup sembunyikan kucing ini demi keselamatannya. 

"Meow jangan la panjat ke keyboard.." Dengan melihat karena meow yang happy sangat anggap aku sebagai penyelamatnya. Bermanja dan pnjat balik ke paha ku. "Kenapa la kurus sangat kamu nih? Siapa lah owner kamu sebelum ni? " Sambil ku usap, sambil ku bertanya. Apa yang dijawab cuma "meowwww" 

Gitu lah lalunya sampai ke malam. Bila mak ku balik dari kerja, Dia terdengar bunyi kucing meow dari bilikku. Dengan tegasnya mak aku beri amaran dekat aku keluarkan kucing tu dan bercakap 

"Saya tidak mau kucing tu berak dalam rumah ni, kalo dia berak dalam bilik ko macam mana? " 
Saya jawab " saya akan cuci dan bersihkan taik dia la ! " 

"Saya tak kesah, Tu kucing mesti kuar dari rumah ni. ! " 
Lalu dengan sedih hati ini, aku lepaskan kucing ke luar. 

To be continue... 





0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Kadar Yuran Lesen Kereta dan Motor Terkini- Mulai 1 September 2014

9/01/2014 07:25:00 PTG Unknown 0 Comments


Kadar yuran terkini bagi lesen memandu kereta dan motor dikuatkuasakan pada 1 September 2014. Menurut kenyatan laman facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada 15 September, JPJ menetapkan harga kawalan lesen memandu di semua Institut atau Sekolah Memandu. Ini bertujuan untuk mengelakkan pihak-pihak tertentu yang sengaja menaikkan harga terlalu tinggi serta tidak munasabah. Dengan demikian, tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mana-mana pihak yang mengingkar kadar yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.




Panduan Kategori Kelas Memandu Malaysia JPJ Mulai 1 September 2014
  • B – Motosikal melebihi 500 cc
  • B2 – Motosikal tidak melebihi 250 cc
  • D – Lesen Kereta Transmisi Manual
  • DA- Lesen Kereta Transmisi Automatik
Tarikh Kuatkuasa Harga Baru Lesen Memandu Mulai 1 September 2014

  1. Sumber: JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA



0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.