Ayam Langgar Pintu Rumahku !!

12/20/2014 11:57:00 PG Unknown 4 Comments

ayam langgar pintu
Muka tak puas hati.. (Gambar dari Google)
Hah !! ni hari nak kongsi cikit kejadian yang agak luar biasa, actually time xda letrik semalam, sa duduk lepak d ruang tamu dengan adik sa, lepas tu entah datang dari mana ayam ni (rasanya dari jiran punya ayam kot) berkeliaran di sekitar rumah sa.

Pada mula ingatkan ayam tu, konon patuk la sisa entah apa di pintu rumah, mungkin da makanan la, mungkin cacing, mungkin sisa beras, sa pn xtw, so sa xpeduli. Tetiba pulak bunyi datang (Ppaaapppp.) sa ingatkan pintu kena ketuk, maklumlah pintu slide, bukan pintu papan.

Sekali tengok ayam tu dia langgar pintu lah....adoiiii.. dh langgar skali, langgar lagi kedua kali... sa sendiri nak ketawa pun tidak, nak sedih pun tidak. Sebab sa rasa pelik kenapalah dia mau langgar pintu ?

Sa nak ketawa, tapi fikir balik macam tak lawak pun, sebab boleh rasa macam sakit la langgar pintu smpai berbunyi macam tu sekali.. Tu yang buat sa rasa sedih pun ada. Tapi tidak lah smpai sedih nak mengangis pulak.

Terfikir pulak ayam ni dia nampak sendiri dia marah ka? atau memang xpuas hati dengan  pintu rumah sa ni?

Sampai kucing dirumah sa pun takut dengan si ayam di luar rumah yang ketuk2. Bagi sa rare lah, sebab xpernah tengok. Apa pun terasa juga nak tanya orang pro pasal ayam kampung ni kenapa dia buat macam tu..  huhu..

So kalo ada sesiapa tahu kenapa dia buat macam tu sila komen bagitaw jp.. Sekian Terima kasih ..

Ehhh!!, ada video nk bagi korang tengok. Video hasil rakaman dari adik sa. Dia sorng ja gelak.. Sa senyum ja .


Boleh tengok dekat youtube juga kalo nak.. 

4 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Mengarut Betul Sexomnia ?!

12/14/2014 09:30:00 PG Unknown 4 Comments

Hah ini hari nah kongsi ilmu yang baru jumpa dari Documentary..

Kepada Wanita/Gadis/Perempuan awak kena tahu !!
Begitu juga dengan Lelaki/ Jantan sekalian

Kenapa?
Menurut saintis, Sexomnia ni ada seperti "sleep walking " iaitu berjalan semasa tengah tidur. Tapi yang beza adalah ia tidur dan buat "seks" tanpa sedar diri.


Mengarut kan? Betul mengarut kalo bagi orang yang rogol anak perempuan lain tu masuk dalam mahkamah dorang senang ja bagi alasan macam ni.

Tapi benda macam ini memang ada dalam dunia ni. Sebab kajian dibuat terhadap terhadap seorang lelaki bernama "Ben" (Bukan abang Ben ya) di luar negara. Lelaki tersebut di tuduh merogol perempuan di parti. Wanita tu tidur di sofa, dan lelaki tersebut mabuk turut tidur di sofa bersebelahan.

Lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedar telah rogol perempuan tersebut. Keesokkan hari, perempuan tersebut melaporkan kepada polis. Ben tidak sedar, dan lansung tidak ingat kejadian tersebut.

Menurut kajian tersebut, Ben ditahan dalam hospital dan diperhati oleh penganalisa, dia cenderung akan berbuat demikian apabila dia telah dalam keadaan tidur nyenyak iaitu "Deep Sleep".

Agak mengarut benda macam ini pun boleh dipanggil sebagai salah satu "Disorder" dari segi perubatan belum pasti boleh dirawat atau tidak. Sesetengah mungkin boleh dan ada yang tidak boleh.

Kalo ada kes rogol tapi dituduh tu dilepaskan tu,  awak akan paham la disebabkan ini "Disorder" .
Tapi kita di Malaysia rata-rata tidak akan ampunkan orang yang rogol anak perempuan orang lain apatah lagi kalo anak perempuan itu masih berumur kecil. Betul tak?

Last word dari saya, kembangkan ilmu untuk ketahui benda pelik tapi mempunyai fakta.

Anda boleh tengok youtube ni sebagai rujukan
(Amaran, terdapat gambaran yang tidak senonoh jika tidak mahu tengok boleh tak tengok, tidak salah juga untuk menimba ilmu dari kajian yang orang buat. )

Sexomnia



4 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

"Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate"

12/13/2014 12:00:00 PTG Unknown 1 Comments


GA Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate


Jom join !!!
Syarat-syarat tengok hasrulhassan.com

1 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman !

12/13/2014 11:33:00 PG Unknown 8 Comments


Jom blogwalking !!

Apa yang korang perlu buat: 

1. Nak follow Cik Iman atau tak, Cik Iman tak kisah.  

2. Buat post baru bertajuk "Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman" Tampal banner gambar Iman Jr tu kat post korang dan backlink ke post Cik Iman nie.  

3.Tag paling kurang 3 blogger lain. Nak tag lebih, lagi afdal ekeke Tinggalkan URL entry korang kat post nie ye sekian terima kasih

Simple as that... !!

Saya Winnie Tag :
Malek
Nafisa
hajar Rash


8 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Kidal Itu Pelik?

12/10/2014 01:34:00 PTG Unknown 5 Comments

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Saya tahu majority guna tangan kanan tulis dan buat kerja dan sebagainya.. Orang panggil normal la kn?

Tapi kalau kidal seperti saya ni macam mana pulak?

Research punya research rupanya ada  8 Fakta orang kidal.


1. Mempunyai tinggi risiko dalam "Psychosis"
Menurut beberapa kajian telah dibuat, ia merujuk kepada keadaan minda yang luar biasa dan ia juga salah satu istilah dipanggil "Generik psikatri" dan sering digambarkan dengan "Kehilangan hubungan dengan Realiti". Selain tu, orang yang kidal juga cenderung kepada masalah kemurungan atau dipanggil "Mood Disorder" 


2. Mampu menentukan KESIHATAN anda
Kajian yang dibuat terhadap 1.4 million peserta didapati bahawa kidal mempunyai kadar rendah bagi arthritis dan ulser.

3. Dengar ucapan berbeza
Kajian dari Georgetown University Medical Centre mendapati bahawa, hemisfera kiri dan kanan otak khususnya berbeza bunyi yang didengari- hemisfera kiri kawal tangan kanan akan berubah bunyi dengan pantas seperti konsonan, manakala bagi hemisfera kanan yang mengawal tangan kiri akan perlahan-lahan tukar bunyi seperti suku kata atau intonasi.

4. Mempunyai sifat KESENIAN
Terdapat bukti yang menyatakan orang kidal mempunyai jiwa seni. Mereka turut mempunyai pemikiran yang berbeza  dan  kreatif dalam mengemukakan idea. Maka, mereka lebih cenderung kepada kerjaya dalam bidang seni seperti muzik, sukan dan teknologi maklumat.

5. Obama juga Kidal
Terkejut? saya pun sama. President Obama dan juga ahli politik di Amerika Syarikat lain seperti Bill Clinton, George H.W.Bush juga turut sama

6. Penakut
Orang kidal lebih cenderung dengan perasaan takut daripada orang yang tangan kanan. Ini adalah menurut kajian yang dibuat pada persidangan tahunan Persatuan Psikologi British. Dimana lebih menunjukkan simptom " Post -Traumatic Stress Disorder".

7. Cepat MARAH
Terdapat dalam jurnal iaitu " The Journal of Nervous and  Mental Disease" mengatakan bahawa orang kidal mempunyai negatif emosi. Berbanding dengan tangan kanan, orang yang tangan kidal peserta dalam kajian tersebut menunjukan ketidakseimbangan diantara kiri dan kanan hemisfera apabila memprocess "Mood"
8. Mudah rasa MALU
Ujian untuk mengukur tingkah laku gerak hati terhadap peserta telah dibuat oleh saintis menunjukkan bahawa mereka setuju dengan kenyataan " Saya risau membuat kesilapan" 

So, secara jujur, saya memang kidal, guna mouse pun tangan kiri. Ambik sudu makan, dan tulis.. Huhu.. So muscle tangan kiri lagi kuat dari muscle tangan kanan. Huhu.. 

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

5 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Style Rambut Paling Pelik

11/02/2014 09:30:00 PG Unknown 5 Comments

Lazada Malaysia
  1. Jika anda mempunyai kekurangan rambut, anda boleh tiru gaya rambut ini, hanya lekatkan kepala anak patung Barbie. Cukup Bergaya..


2.  Jika anda berada dalam kelas rasa nak tido ja kerja, baik tiru sahaja cara begini untuk mengkaburi mata cikgu anda

3. Perlukan lebih bergaya dengan rambut sedikit pacak dan sedikit gaya cendawan. Ini lah terbaik untuk anda. Jangan lupa letak sekali minyak masak untuk lebih terserlah agar sentiasa sihat dan berkilat sentiasa.

 4. Bagi sesiapa inginkan gaya lebih "cool" cuma perlukan angin yang kuat untuk meniup rambut anda bagi gaya seperti ini.

5. Rambut botak sememangnya membuatkan muka anda rasa bulat. Untuk memberikan anda lebih menawan, Gaya ala-ala misai di kepala sememangnya membuatkan muka anda tidak rasa bulat. 
 

6. Bagi yang ingin rambut yang bergaya malah mampu berfungi menutup telinga. Ini lah yang anda perlukan. Terutamanya anak perempuan yang tidak suka dengar nasihat orang tua. (agak seram juga gaya tangan palsu menutup telinga)
 

7.  Jika anda seorang malu-malu kucing tidak ingin lihat dunia luar. Gaya seperti ini amat sesuai untuk anda. Malah turut memberi keselesaan kepada kutu untuk tinggal bersama. 

8. Anda buka kedai cupcake? Gaya untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang ke kedai cupcake anda. Semestinya mudah mengaut keuntungan dengan cara yang senang. 


 9. Anda kekurangan rambut di depan? Ini adalah gaya terbaru bagi anda yang inginkan rambut lebih banyak. Sisirkan rambut lebihan dari belakang ke depan dan nampak lebih tampan dan keyakinan semestinya tinggi kepada sesiapa yang sentiasa berhadap dengan orang ramai.


10. Anda pergi membeli belah lupa bawa bag ? Ini lah khas kepada wanita yang sibuk membeli belah, tapi lupa bawa bag recycle. Mampu muat seberat 50Kg sahaja. 

 11. Gaya terbaru bagi lelaki yang inginkan ekor pada rambutnya. Mampu sapu kelemumur di kolar belakang. Nampak kemas sentiasa.


12. Malas bawa dompet? Ini adalah kreatif tahap maximum. Di mana anda boleh letak duit anda di kepala anda dengan bergaya dompet jenamap LV. Ini mampu mengurangkan gejala kes ragut dikalangan orang ramai.



 13. Inginkan lain daripada yang lain. Rambut bergaya seperti mata membuatkan orang sentiasa rasa diawasi. Sesuai kepada pekerjaan seperti pengawal yang mengawal 24 jam. 


14. "Macai" itu lah orang panggil. "Ma" bermaksud kuda. Namun secara umum, bermaksud budak/anak lelaki. Sesuai dengan gaya sebegini. 


 15. Bagi orang yang bosan boleh ikatkan gula-gula di rambut. Masa lapang boleh makan gula-gula. Cukup manfaat. Dan mampu menarik perhatian askar semut. 

 16. Anda tidak suka tengok jalan anda ke arah mana. Anda lebih suka jalan yang tidak mempunyai tentu hala. Maka gaya rambut sebegini sesuai dengan perwatakan anda. 


 17. Gaya seperti tomato, sememangnya luar biasa. Menunjukkan anda lebih terserlah dan sentiasa merah. Tidak perlu risau jika dalam keadaan sesat. Orang yang mengenali anda mampu mencari anda. 


18. Ada tomato, semestinya ada juga lobak. Gaya ini khas kepada orang yang malas untuk cuci rambut selama 10 tahun. Lepas rambut bertukar seperti benang lebih senang untuk bergaya ala-ala lobak seperti gambar di bawah.

 19. Sesiapa yang memelihara burung. Telur burung akan lebih cepat menetas dengan gaya rambut reban ayam. . 


 20. Ini hanya khas kepada sesiapa yang meraikan Hari Natal. Anda tidak mempunyai pokok Christmas boleh bergayakan sebegini. Hiasa rambut anda dengan menambahkan kotak hadiah kecik dengan ribbon sekali. 


5 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Blackheads Hilangkan Stress

10/27/2014 03:35:00 PTG Unknown 0 Comments

Lazada Malaysia


Ini kali ingin saya paparkan isu yang hangat diperkatakan dalam kehidupan harian. Iaitu Blackheads atau Bintik Hitam.

Kalo perempuan tu memang sentiasa jaga kecantikan muka, lelaki pun sama juga pentingkan penampilan dan kecantikkan muka.

Ini kali tengok di youtube baru perasan, rupanya banyak orang suka tengok proses memicitkan bintik hitam.

Syok ker tengok? (dalam hati berkata)

Semasa saya tengok, rasa geli pun ada, tapi rasa macam syok pun ada, Kenapa ya?

Sebab, saya sendiri bayangkan orang yang tengah picit tu saya sendiri.. macam satu kepuasan picit habis cilik kecik yang hidup dalam liang roma hidungku !! (Errrrkkk)

Tapi agak pelik la juga, boleh katakan setiap video yang paparkan proses picit blackhead seperti artist.

Yelah, bukan ka macam artist penyanyi ? Kalo kita tengok penyanyi orang putih mesti banyak orang tengok dan brapa orang "view" betul tak?

Yang pelik sekali bila tengok orang yang comment ada yang cakap enjoy pulak..

Ish..ish... pelik betul, tapi apa pun, kalo tengok benda ni boleh hilangkan stress saya tak tahu la. Dalam dunia ni, banyak gelagat perangai pelik manusia, kalo dia rasa relax tu dia punya hal la kan.. Apa saya peduli, tapi saya no komen, just share info, ada orang sebegini tengok youtube picit blackheads boleh relax. 

So, apa korang rasa? Mahu tengok youtube blackhead juga? 

Nah ambik.. Buang Bintik Hitam


Lazada Malaysia

0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Toreh Muka Gadis Jadi "Chucky"

10/26/2014 05:38:00 PTG Unknown 4 Comments

Lazada Malaysia
Julia Alvarez

Sungguh sedih apabila gadis yang cantik muka ditoreh oleh "kakak" sendiri.

Dipercayai bahawa, dua "kakak" tersebut cemburu terhadap kecantikan yang dimiliki oleh Julia Alvarez.

Gadis yang berumur 15 tahun itu bukan sahaja ditoreh dibahagian muka. Belakang badan gadis tersebut turut ditoreh dengan pisau lipat.

Apakah dosa bagi gadis ini sehingga muka orang lain yang cantik diperbuat sedemikian?

Cemburu lah membuatkan manusia ini lemah untuk mengawal perasan sendiri.


Dua gadis yang berumur 18 tahun dan 16 tahun dipercayai buli Julia Alvarez disebabkan cemburu  telah soal siasat oleh polis. 

"Semua orang mengatakan awak cantik. Awak tidak akan kelihatan cantik lepas kami habiskan muka awak. Orang lain akan panggil awak Chucky. "

Polis terpaksa lepaskan gadis yang berumur 16 tahun disebabkan terlalu muda untuk dikenakan hukuman. 

Manakala gadis yang berumur 18 itu pulak ditahan reman.  -Amerika Syarikat 

Sumber: mirror.co.uk


Lazada Malaysia




4 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

LARVA Oren Mandarin

10/26/2014 09:00:00 PG Unknown 4 Comments

Lazada Malaysia

Aduan daripada seorang lelaki bernama Hassan Ali beli oren dari supermarket Sainsbury's mendapati dalam oren tersebut terdapat seekor larva dan beberapa biji telur larva.

Sainsburry's adalah supermarket yang ke-2 besar di United Kingdom. Di bina pada tahun 1869, dan pengasas adalah John James Sainsbury.

"Bau yang seperti makanan busuk dan benar-benar kuat," kata Hassan, dari West Yorkshire.

"Saya melihat ke dalam dan ada ulat atau larva dan berjuta-juta telur kecil"


"Ada yang berkata mereka rasa ulat bergerak, tetapi saya tidak melihatnya. Ia tidak bergerak untuk sementara waktu. Saya rasa ia sudah mati sekarang."

Setelah membuang ke tempat sampah, dia menambah: "Kami telah makan tiga biji mandarin dari beg itu sebelum kami sampai ke satu ini."

"Selepas makan tengah hari saya fikir saya nak lagi satu biji lagi oren. Nasib baik, saya membagi satu biji ini kepada dua dan telah mengambil satu segmen sebelum aku memasukkannya ke dalam mulutku."

"Saya menghubungi mereka melalui Twitter untuk membiarkan mereka tahu. Saya juga menghantar tweet kepada Defra hanya untuk berada di pihak yang selamat."


Sainsbury telah memohon maaf atas insiden itu dan menawarkan Hassan kad hadiah.

Seorang juru bicara Sainsbury berkata: "Kualiti produk kami adalah sangat penting kepada kami dan kami memohon maaf atas Hassan terpaksa melalui pengalaman sebegini.

"Seperti semua produk yang kami ada, buah-buahan akan diperiksa di beberapa tahap di sepanjang rantaian bekalan, tetapi kerana sifat produk segar, kadang-kala kejadian seperti ini boleh berlaku."

Sumber: mirror.co.uk


Lazada Malaysia

4 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.