Segmen Jom Blogwalking & Menang by Dyan Zakhi

1/31/2015 06:18:00 PTG Unknown 17 Comments


Jom join !!!
8 Pemenang akan dipilih !!

Syarat :  Baca blog dyan 

Cuma baca , follow , dan like page dorng.. !! Done .. 
Sa support creative things... !! 

Walaupun habuan bukan dapat handphone atau benda- mahal. Tapi hasil creativiti yang dibuat yang penting adalah dari hati... betul x?

Tarikh tamat adalah : 6th February 2015 





17 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Lazada Giveaway 5X RM100 vouchers : Top 5 Item Nak Beli

1/30/2015 08:30:00 PG Unknown 3 Comments

Tengok-tengok Facebook nampak page ni open blogger contest !!



So sa join terus lah, so apa item yang sa nak beli dari Lazada? Actually banyak juga benda nak beli, but sa narrow down benda yang sa rasa penting saja la. Duduk tengok website Lazada tengok barang-barang dijual.

Ini lah Top 5 item sa nak beli dan apa sebab sa nak beli :


1. Classic Pooh Baby Cloth Gift Set
First my best friend, dia dh lahir new born baby. Sa kena jemput ke dinner sempena baby yang baru lahir dah full moon. Well, since kebelakangan ni, "miskin" so tiada hadiah untuk dia. Kawan sa yang paling baik dalam dunia. Endless tuk cerita. Sebab bila sa dalam keadaan susah dia tolong sa. Itu lah kawan sejati. Pada dinner malam tu, sa cuma mampu tolong dia ambik gambar dia dengan baby dia atas permintaan dia masa dinner tu hari (jadi Photographer).  So kalo menang memang nak beli ni lah, ada "Winnie the pooh" nama trade mark sa.. huhu... so bila baby pakai baju ni, dia akan ingat auntie yang bernama winnie. Haha..  Oh ya, sa tidak pakai tudung masa pergi tempat dinner kawan, bila dh convert nanti baru pakai, tapi dh prepare juga diri, pakai baju yang tutup peha, dan lengan. Cuba teka mana saya?




2. Muslim Wear
Dah memang amoi macam sa ni pelik cikit, nak juga beli baju muslimah.. huhuhu..Sa suka tengok baju muslimah, cantik dipandang, Sebenarnya, dalam almari sa sendiri, dah ada 2 dress muslimah, yang sesuai sangat tuk pergi dinner, Tapi terasa juga nak tambah koleksi sendiri. Tudung pulak dah beberapa sa beli, simpan, huhu.. Sampai suatu masa nanti akan sa pakai dan guna setiap hari.. Kalo ibu sa pulak suka beli kasut, belum pakai dah beli, dan simpan. Nampak cantik jer tengok...



3.  Magnetic Eye Care Massage
Wanita bukan saja harus jaga penampilan, kena juga jaga kesihatan, terutamanya mata kita. Dh la sa selalu duduk depan laptop jer. Last semester exam, study sampai pagi tidak tido, end up biji mata  jadi merah, dan muncul "panda eye" Macam gambar ni: 



4. Make-up Brush
Sa suka bermake-up, tapi berus make up sa ni beli murah-murah dari stationery. Huhu.. lawak kan? Betul, sa beli berus yang budak guna untuk mewarna punya.. xpercaya? Nah tengok sendiri.



5. Manual Pancake Machine
Kenapa sa nak beli ni? Sebab sa suka buat pancake bila rasa lapa ja sa akan buat, tapi selalunya sa guna garpu kacau tepung. So penat tangan. Huhu.. Ini hasil sa buat semalam. Sa buat banyak-banyak, so family sa boleh makan sekali... 


Tarikh penyertaan adalah  27th January 2015- 28th February 2015
So sesiapa nak join contest boleh rujuk facebook page ini ShopCoupons

You can check out the products at Lazada

This post is an entry for the ShopCoupons Blogger contest. Being hosted by ShopCoupons.

Lazada vouchers sponsored by Lazada Malaysia.

3 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Dilema Pelajar Universiti Malaysia Sabah

1/29/2015 12:33:00 PG Unknown 13 Comments


Sebenarnya nampak bro Malek terus dapat ilham nak buat entry pasal dilema di Universiti Malaysia Sabah. Anyway, entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang duduk selama 9 semester. Ya, terkejut?

Sebenarnya sa sendiri ambik kursus perakaunan. Bukan senang nak belajar, ingat setakat kira 1+1=2 ?. Maka anda salah, subjek perakaunan pun belajar juga konsep, kena juga buat essei macam budak Law, Payah !! huh !! Thats why, secara jujur, sa terpaksa repeat subject yang Fail, sa jatuh, tapi sa bangun dan teruskan sehingga habis. Sekurang-kurangnya tidak bazir duit ibu tunggal sa yang bayar yuran sa ke Universiti untuk belajar. Kalo sa berhenti, apa guna pulak belajar pada mula kan?

So, dalam sepanjang hidup sa dalam UMS ni adalah pengalaman sa sendiri dan bukan menjatuhkan mana-mana pihak atau UMS sendiri, sa percaya student lain pun alami perkara yang sama. Antara sebab-sebab tekanan yang dihadapi adalah :


  • Masalah bus yang sering student berebut. Sa sendiri pun alami juga, belum lagi bus berhenti, dh student berlari arah bus. Bila bus dh berhenti, semua berhimpit dan saling bertolak untuk naik bus. Ada sa perhatikan sendiri, terutamanya student perempuan yang pakai Heels ( bertumit tinggi), Kesian nampak dorng, ada yang jatuh, ada yang terseliuh, dalam keadaan berhimpit tu, ada juga bag tersangkut sebab kena kepit. Macam-macam gelagat student, ada yang tengah berhimpit, kaum lelaki pula terpaksa berada di tepi biarkan student perempuan. Walaupun sudah naik bus, tiada tempat duduk, student sanggup berdiri di dalam bus. Boleh bayangkan la kan? Macam sardin dalam bus tu.. Tapi kebiasaan semasa balik sahaja la, Habis kelas student yang nak bali asrama sentiasa berebut. Tapi kalo dari asrama, beratur pulak.. 


  • Sesi pendaftaran subjek yang mengelirukan. Terutamanya student yang Fail subjek yang hanya ditawarkan setahun. Sa sendiri pun alami juga. Dah memang diberi panduan subjek tu kena ambik, tapi Fail, so next sem pulak tidak boleh ambik subjek yang sepatutnya. Macam contoh, subjek A, mesti kena pass dalam Sem 1 untuk ambik subjek B di Sem 2. Kalo Sem 1, tak dapat pass, maka memang tak dapat lah ambik subjek B, lebih-lebih lagi kalo kena menepati jam kredit. So, apa yang sa buat adalah, lompat ambik subject senior yang lansung tidak memerlukan syarat pass subjek tertentu. atau subjek elektif senior untuk menutup kekosongan. So, jam kredit tidak terkurang tidak terlebih. 



  • Bila dah bangun awal, masuk kelas, tetiba kelas kosong. Rupanya kelas CANCEL. Hah !! Ini la paling sa benci. Dh siap awal, beratur bus dari asrama, sampai class cancel !! Lebih-lebih kalo kawan pun macam bukan kawan lansung tidak beritahu !! Setiap sem lah memang ada macamni, sampai sa masuk tahun ke-empat masih lagi. Agak-agaknya sa ni, kurang aktif tanya orang kot, tapi tak kan la tiap hari tanya ada kelas atau tidak, Tapi kebiasaan ketua kelas akan beritahu di Facebook group, itu pun kalo dia bagitaw sehari sebelum class. Kadang-kadang tu, satu jam yang lepas baru bagitaw. Dh on the way jalan dh, baru cakap dekat Facebook. Logik ke? 


  • Masuk kelas salah. Ini terutama student yang mula semester baru. Student baru macam sa dulu keliru dan bingung, lupa dan tidak tahu di mana kelas kuliah. Sangat memalukan, Tension juga lah, Kalo masuk lambat, lecturer pulak tanya kenapa lambat. huhu...


  • Kena pakai baju formal, tidak boleh pakai baju t-shirt dan seluar jeans ke perpustakaan. Ini lagi satu, ada kalanya sa kurang faham kenapa kena pakai baju formal terutama hanya pergi ke perpustakaan. Ada pernah satu kali, sa pakai jaket dalam t-shirt , dan seluar formal ja, itu pun dikira tidak formal. So pihak perpustakawan halau sa. Terus sa buat muka buruk dan keluar. Student pergi ke perputakaan cari sumber bacaan, bukan pergi mesyuarat, bukan juga jumpa orang besar, kena pakai baju smart-smart buat apa? Pakai-pakaian yang tidak selekeh dan tutup aurat dh ok lah kan?  
Sampai sini jelah dilema yang sa alami sendiri, tapi apa pun, ada juga baiknya dan bagusnya di UMS, bus driver sini friendly. Sa pernah hilang buku yang sa pinjam, bus driver call owner buku tu, nasib lah dapat balik buku, kalo tak entah la macamna nak bayar balik buku kawan sa tu, Tapi apa pun, segala yang dialami, kita perlu belajar untuk sabar, tabah hadapi dugaan. 

So all the best student-student yang blajar di Uni. Tidak kira lah Uni mana pun, belajar bagus-bagus, jangan asyik layan pakwe/ makwe, hancur pelajaran, padan muka sendiri.. huhu.. hanya sekadar peringatan semua.. 


13 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Tupai Makan Komponent Kereta Toyota Aygo

1/28/2015 03:11:00 PTG Unknown 2 Comments


Seorang pemandu kereta mengadu keretanya dimakan oleh tupai terhadap "Hijau" plastik bahagian kereta selepas syarikat tersebut tukar kepada bahan alam mesra "Eco-Friendly". 

Tony Steeles berkata keretanya telah berulang-kali diserang oleh tupai beberapa hari selepas ia dihantar. 

"Udara sudah dikunyah dua kali, sensor oksigen rosak dan pelbagai trim getah turut rosak" katanya kepada majalah motor Auto Express

Kereta itu sudah bawa untuk membaik pulih sebanyak empat atau lima kali"

Beliau mempersoalkan sama ada Toyota plastik tersebut adalah berasaskan daripada tumbuhan yang mungkin menarik perhatian tupai. Trim pintu, kusyen kerusi, penutup tayar adalah bahagian komponen yang dihasilkan oleh firma Jepun dengan memperolehi bahan-bahan semulajadi seperti tumbuhan minyak kastor
Toyota Aygo (Kereta alam mesra)

Penjual kereta kepada Encik Steeles, Jemca Croydon menegaskan bahawa tidak ada kaitan antara plastik keretanya dengan serangan tupai. Namun ia dibayar bagi membaiki setiap kali dia kembali kereta itu, dan akhirnya bertukar kepada Toyota Yaris yang baru.

Jurucakap Toyota Auto Express mengatakan bahawa masalah ini adalah "luar biasa", beliau tambah lagi: "Kami mempunyai banyak aduan seperti ini di UK" Bagaimana pun beliau mengatakan pasukan penyelidikan and pembangunan firma itu akan menyiasat jika ada penambahbaikan dapat dilakukan untuk reka bentuk bagi menghalang tupai dan tikus

Oleh itu, Toyota bukan satu-satunya pengeluar kereta mengeluarkan dengan bahan baru yang luar biasa. 

Ford mengumumkan tahun lalu bahawa ia telah bekerjasama dengan syarikat makanan Heinz untuk melihat sama ada kulit tomato kering yang ditinggalkan daripada membuat sos tomato boleh digunakan untuk membangunkan alternatif kepada plastik berasaskan petroleum

Sumber : dailymail.co.

2 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

"Rela Jilat Darah Haid R..... Daripada sertai PR"

1/21/2015 11:21:00 PTG Unknown 3 Comments


Kalo dalam Facebook a.k.a Muka Buku, macam-macam ragam kita nampak dorang post status. 

Ni kali nampak status yang dibuat agak membuatkan orang rasa marah pun ada, rasa macam hairan dengan kebodohan pun ada. 

Saya bukan penyokong mana-mana pihak. Tak kesah lah, Pakatan Rakyat ka, Barisan Nasional ka, atau apa pun, Kalo dapat majukan negara kita, hidup aman dan damai dah cukup la. 

Lebih baik cium bendera daripada Jilat darah haid Datin Seri Rosmah Mansur. Saya sebagai perempuan pun rasa malu lah, ada lelaki sanggup jilat haid perempuan, apatah lagi kalo perempuan tu, adalah Isteri Perdana Menteri kita. Saya nak marah pun, buang penat ja, baik bagi peneguran, dan pengajaran. 

Kalo nak post status pun guna lah otak cikit.. Bukan main post sembarangan, nanti kena saman atas Akta hasutan pasal post macam ni, siapa yang rugi? 
Sendiri juga. 

Lagi satu, perkataan "Islam Tercinta", main sesuka hati ja cakap. Walaupun saya belum lagi masuk Islam, tapi saya tahu hormat agama Islam itu sendiri. Jangan main sebut memburukkan lagi Agama Islam. Kalo demi Islam tercinta, tidak perlu post status, buat apa yang diajar dalam ajaran Islam. Sebab dalam ajaran Islam tidak pernah pun mengajar kita untuk menghasut orang lain. 

Kalo nak berjuang kebenaran pun tidak perlu lah post status mengarut macam ni, bak patah pepatah dalam English: 
Action Speak Lauder Than Words

Dah, sampai sini saja, bukan sekadar beri kesedaran pemilik account Facebook yang post ini juga. Sama-sama kita semua ambik perkara ini sebagai iktibar, supaya berjaga-jaga kalo nak post sesuatu. Jangan sampai melukakan hati orang lain. 
(Peace, with Love)

3 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Stress dengan Terpaksa "Follow" "Like"

1/19/2015 08:40:00 PTG Unknown 4 Comments

Selamat berkenalan, saya winnie, baby blogger. Masih baru dalam dunia blog. Mungkin ada yang terkejut entry kali ini, dan mungkin ada yang hairan dengan entry sebegini.

Tapi harap tiada yang tersinggung hati lah ok? Cuma sekadar luahan peribadi sahaja. Tapi apa pun, rasanya ada orang tengok ker blog newbie macam sa nih?

Mula buat blog motif nak tingkatkan pendapatan, nak dapatkan income melalui penulisan. Saya tahu ambik masa. Tapi apa pun sa coretkan disini, rasa syok pulak mencoret benda-benda yang tidak pernah tengok dalam dunia "Google"

Sebenarnya semasa mula, sa perhatikan blog yang memang bermotifkan hanya pendapatan, mereka buat entry yang "Hot" . Tapi bila "Click" dan  baca, penuh dengan iklan. Saya ingatkan itu lah permulaan bagi saya untuk dapatkan lebih viewers dan pendapatan dari situ.

Jadi saya pun buat blog, dan buat entry sensitif yang kaitan isu agama, memang biadap tajuk entry. Tapi itu adalah berita yang saya ambik dari google. Malah siap dengan link yang sah dari berita website. Saya share entry yang mampu menarik perhatian orang ramai. Ada sesetengah agak sensitif dan tidak boleh menerima terutama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tambah lagi iklan yang "pop up" terkeluar setiap kali orang nak tekan entry.

Hasilnya ini yang saya dapat dari nuffnang. Amat bersyukur walaupun hanya dapat RM1.15 sahaja. Selain itu saya turut dapat mencecah 2 ribu view dalam masa seminggu.


Tapi sa sedar bahawa perbuatan sebegitu adalah salah. Kenapa? Sebab ini cuma membuatkan orang muak dengan iklan yang bertaburan. So saya belajar dari blog sifu Hasrulhassan .Di situ, banyak saya pelajari.

Untuk mendapatkan blog yang berkualiti seharusnya bagaimana, dan untuk dapatkan banyak pembaca seharusnya bagaimana dan apa impak akan diberi. Informasi yang berkualiti, barulah berkat dengan income yang diberi.

Kini insaf sudah, tidak akan mengulang lagi perkara yang sama. apa yang sa pelajari setakat ini, adalah cara untuk dapatkan traffic


  1. Kita kena pergi blog orang lain tinggalkan jejak dengan komen blog orang lain.
  2. Kita promote entry di Facebook group
  3. Kita join segmen blogwalking yang dianjur oleh blogger lain.
  4. Kita share di Google+
  5. Kita join contest yang dianjur olah blogger lain. 
Itu lah masalah yang berlaku bila join contest atau giveaway. Kena "Follow" dan "Like" sebagai syarat untuk join contest. 

Kalo seorang ja tidak apa, kadang-kadang banyak pulak kena click "Follow" dan " Like. Especially yang Big Giveaway. Actually tidak salah pun tetapkan syarat untuk berbuat sedemikian. 

Tapi bagi saya, agak stress, saya click "Follow" & "Like" orang lain, tidak semestinya orang lain akan like dan follow saya juga. 

Melainkan orang tu memang nak baca entry saya buat, dan follow secara sukarela. 

Kadang-kadang sa lihat orang yang buat entry pasal giveaway pun agak "put effort" juga, sebab mereka nak tingkatkan traffic dengan berikan habuan seperti Free Gift. Mereka letak syarat sebegitu pun tidak salah juga. 

So, akhir kata, apa pun, bergantung pada individu masing-masing. Kalo nak join, jangan banyak songeh, ikut ja syarat orang lain. Kalo tidak mahu, tak payah join contest. Biarkan sahaja. Sekian. 



4 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Ulat dalam Mee Segera

1/18/2015 02:29:00 PTG Unknown 6 Comments

Banyak betul entry pasal ulat kan?

Sebenarnya ini mengingatkan kita untuk berjaga-jaga, walaupun ulat, ciptaan Tuhan, namun kita kena sentiasa berwaspada dan jaga makanan kita. 

Ini kali ternampak gambar yang terpapar dalam Facebook. Mee segera yang kita semua pernah lihat di iklan.

Penang White Curry Noodle.



Agak kurang pasti sama ada ini adalah betul atau tidak. Kadang-kadang ada orang sengaja jatuhkan syarikat guna taktik kotor macamni. 

Tapi apa pun, sentiasa berjaga makanan yang dimakan, dan stay healthy !! Jangan terlalu banyak makan mee segera !! Especially student yang tinggal dekat asrama, jimat berpada-pada..  huhu..

Sumber dari Facebook: I Love Discount

6 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Makanan Murah Dalam Airport KLIA2

1/15/2015 04:48:00 PTG Unknown 6 Comments

Kalo dulu LCCT, sekarang tukar ke KLIA2.

Tiap kali buat pertemuan dengan si Dia, sa mesti pilih makanan sedap dan bajet. Ini kali entry tiada benda pelik-pelik. Tapi rasa nak juga letak pengalaman makan makanan dalam airport.

Setiap kali masuk ja airport, kedai restaurant harga mesti mencecah lebih dari RM10 satu plate. Makanan dalam airport semua mahal-mahal. Biasa la.

Cari punya cari. Ada food court. Terjumpa !! Di tingkat2. Cari nama Quizinn.


Terasa nak makan sizzling noodle. So saya try order dekat sini.

Cara disediakan on the spot boleh lihat. Sorry la camera tidak cantik sangat. Ambik gambar pun lain macam.. huhu


Ini lah hasilnya, order Yee Mee Mushroom Sizzling. Masih panas-panas..

Harga satu kalo tak silap RM8.50. (Kalo tak silap la)

Hari keempat sebelum terbang balik Sabah, Makan juga di Foodcourt Quizinn. Sarapan satu set dengan teh tarik. Nampak banner dia terasa nak juga makan set ini. Tapi pagi-pagi minum watermelon tidak biasa. `

So last-last order set ini.. Sandwich chicken pepperoni + Teh tarik

Harga RM5 sahaja !! Berbaloi kan?
Tambah government tax 6%. 
(pasal tax tu, sa taknak pertikaikan, dh memang kerajaan nak charge dekat kita, nak taknak kena makan kena bayar juga. tu pun demi pembangunan negara kita kn? huhu.. )
Overall banyak pilihan, so pilih mana yang rasa sedap dan murah. Jangan pulak beli tak makan. Tak baik taw. Dalam ajaran Islam pun tidak galakan membazir sumber disekeliling kita. 


6 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Sengaja Biarkan Ulat Di Dalam Kulit

1/15/2015 03:18:00 PTG Unknown 3 Comments


Geli... Itu sahaja boleh dikatakan, tapi yang hairan sekali adalah entomoligist yang berasal dari Harvard University, Piotr Naskrecki  sengaja biarkan telur "Botfly" menetas dalam kulitnya sendiri.

Beliau mengatakan bahawa semasa pergi ke lawatan fotografi ke Belize, beliau kena gigit oleh nyamuk yang bukan biasa.

Nyamuk tersebut mengandungi telur spesis "botfly" Disebabkan lalat tersebut tidak mampu untuk gigit maka nyamuk lah jadi pembantu untuk selamatkan telur lalat tersebut. 

"Saya rasa, sebagai lelaki, ini adalah peluang saya untuk berikan kehidupan melalui daging dan darah saya sendiri. " kata Naskrecki.

Ia mengambil masa 2 bulan bagi larva tersebut untuk mencul. 

Dalam masa ini, ambik 40 min bergoyang keluar dari daging kulitnya sendiri. 

"Ia tidak rasa sakit, sebab Botfly larva menghasilkan penahan sakit" Katanya lagi.

Beliau mengatakan bahawa ini adalah documentasi yang sangat menarik, dimana hanya dihasilkan melalui kulit mamalia seperti kita. 


Gelikan? Lol..Tapi kalo tengah makan jangan tengok ini.. Nanti muntah, saya tidak bertanggungjawab..  Sekian. 





3 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.