Ayam Langgar Pintu Rumahku !!

12/20/2014 11:57:00 PG Unknown 4 Comments

ayam langgar pintu
Muka tak puas hati.. (Gambar dari Google)
Hah !! ni hari nak kongsi cikit kejadian yang agak luar biasa, actually time xda letrik semalam, sa duduk lepak d ruang tamu dengan adik sa, lepas tu entah datang dari mana ayam ni (rasanya dari jiran punya ayam kot) berkeliaran di sekitar rumah sa.

Pada mula ingatkan ayam tu, konon patuk la sisa entah apa di pintu rumah, mungkin da makanan la, mungkin cacing, mungkin sisa beras, sa pn xtw, so sa xpeduli. Tetiba pulak bunyi datang (Ppaaapppp.) sa ingatkan pintu kena ketuk, maklumlah pintu slide, bukan pintu papan.

Sekali tengok ayam tu dia langgar pintu lah....adoiiii.. dh langgar skali, langgar lagi kedua kali... sa sendiri nak ketawa pun tidak, nak sedih pun tidak. Sebab sa rasa pelik kenapalah dia mau langgar pintu ?

Sa nak ketawa, tapi fikir balik macam tak lawak pun, sebab boleh rasa macam sakit la langgar pintu smpai berbunyi macam tu sekali.. Tu yang buat sa rasa sedih pun ada. Tapi tidak lah smpai sedih nak mengangis pulak.

Terfikir pulak ayam ni dia nampak sendiri dia marah ka? atau memang xpuas hati dengan  pintu rumah sa ni?

Sampai kucing dirumah sa pun takut dengan si ayam di luar rumah yang ketuk2. Bagi sa rare lah, sebab xpernah tengok. Apa pun terasa juga nak tanya orang pro pasal ayam kampung ni kenapa dia buat macam tu..  huhu..

So kalo ada sesiapa tahu kenapa dia buat macam tu sila komen bagitaw jp.. Sekian Terima kasih ..

Ehhh!!, ada video nk bagi korang tengok. Video hasil rakaman dari adik sa. Dia sorng ja gelak.. Sa senyum ja .


Boleh tengok dekat youtube juga kalo nak.. 

4 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Mengarut Betul Sexomnia ?!

12/14/2014 09:30:00 PG Unknown 4 Comments

Hah ini hari nah kongsi ilmu yang baru jumpa dari Documentary..

Kepada Wanita/Gadis/Perempuan awak kena tahu !!
Begitu juga dengan Lelaki/ Jantan sekalian

Kenapa?
Menurut saintis, Sexomnia ni ada seperti "sleep walking " iaitu berjalan semasa tengah tidur. Tapi yang beza adalah ia tidur dan buat "seks" tanpa sedar diri.


Mengarut kan? Betul mengarut kalo bagi orang yang rogol anak perempuan lain tu masuk dalam mahkamah dorang senang ja bagi alasan macam ni.

Tapi benda macam ini memang ada dalam dunia ni. Sebab kajian dibuat terhadap terhadap seorang lelaki bernama "Ben" (Bukan abang Ben ya) di luar negara. Lelaki tersebut di tuduh merogol perempuan di parti. Wanita tu tidur di sofa, dan lelaki tersebut mabuk turut tidur di sofa bersebelahan.

Lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedar telah rogol perempuan tersebut. Keesokkan hari, perempuan tersebut melaporkan kepada polis. Ben tidak sedar, dan lansung tidak ingat kejadian tersebut.

Menurut kajian tersebut, Ben ditahan dalam hospital dan diperhati oleh penganalisa, dia cenderung akan berbuat demikian apabila dia telah dalam keadaan tidur nyenyak iaitu "Deep Sleep".

Agak mengarut benda macam ini pun boleh dipanggil sebagai salah satu "Disorder" dari segi perubatan belum pasti boleh dirawat atau tidak. Sesetengah mungkin boleh dan ada yang tidak boleh.

Kalo ada kes rogol tapi dituduh tu dilepaskan tu,  awak akan paham la disebabkan ini "Disorder" .
Tapi kita di Malaysia rata-rata tidak akan ampunkan orang yang rogol anak perempuan orang lain apatah lagi kalo anak perempuan itu masih berumur kecil. Betul tak?

Last word dari saya, kembangkan ilmu untuk ketahui benda pelik tapi mempunyai fakta.

Anda boleh tengok youtube ni sebagai rujukan
(Amaran, terdapat gambaran yang tidak senonoh jika tidak mahu tengok boleh tak tengok, tidak salah juga untuk menimba ilmu dari kajian yang orang buat. )

Sexomnia



4 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

"Giveaway Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate"

12/13/2014 12:00:00 PTG Unknown 1 Comments


GA Ilmu Buat Duit Dengan Affiliate


Jom join !!!
Syarat-syarat tengok hasrulhassan.com

1 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman !

12/13/2014 11:33:00 PG Unknown 8 Comments


Jom blogwalking !!

Apa yang korang perlu buat: 

1. Nak follow Cik Iman atau tak, Cik Iman tak kisah.  

2. Buat post baru bertajuk "Jom Blogwalking Kaw-Kaw Bersama Cik Iman" Tampal banner gambar Iman Jr tu kat post korang dan backlink ke post Cik Iman nie.  

3.Tag paling kurang 3 blogger lain. Nak tag lebih, lagi afdal ekeke Tinggalkan URL entry korang kat post nie ye sekian terima kasih

Simple as that... !!

Saya Winnie Tag :
Malek
Nafisa
hajar Rash


8 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Kidal Itu Pelik?

12/10/2014 01:34:00 PTG Unknown 5 Comments

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Saya tahu majority guna tangan kanan tulis dan buat kerja dan sebagainya.. Orang panggil normal la kn?

Tapi kalau kidal seperti saya ni macam mana pulak?

Research punya research rupanya ada  8 Fakta orang kidal.


1. Mempunyai tinggi risiko dalam "Psychosis"
Menurut beberapa kajian telah dibuat, ia merujuk kepada keadaan minda yang luar biasa dan ia juga salah satu istilah dipanggil "Generik psikatri" dan sering digambarkan dengan "Kehilangan hubungan dengan Realiti". Selain tu, orang yang kidal juga cenderung kepada masalah kemurungan atau dipanggil "Mood Disorder" 


2. Mampu menentukan KESIHATAN anda
Kajian yang dibuat terhadap 1.4 million peserta didapati bahawa kidal mempunyai kadar rendah bagi arthritis dan ulser.

3. Dengar ucapan berbeza
Kajian dari Georgetown University Medical Centre mendapati bahawa, hemisfera kiri dan kanan otak khususnya berbeza bunyi yang didengari- hemisfera kiri kawal tangan kanan akan berubah bunyi dengan pantas seperti konsonan, manakala bagi hemisfera kanan yang mengawal tangan kiri akan perlahan-lahan tukar bunyi seperti suku kata atau intonasi.

4. Mempunyai sifat KESENIAN
Terdapat bukti yang menyatakan orang kidal mempunyai jiwa seni. Mereka turut mempunyai pemikiran yang berbeza  dan  kreatif dalam mengemukakan idea. Maka, mereka lebih cenderung kepada kerjaya dalam bidang seni seperti muzik, sukan dan teknologi maklumat.

5. Obama juga Kidal
Terkejut? saya pun sama. President Obama dan juga ahli politik di Amerika Syarikat lain seperti Bill Clinton, George H.W.Bush juga turut sama

6. Penakut
Orang kidal lebih cenderung dengan perasaan takut daripada orang yang tangan kanan. Ini adalah menurut kajian yang dibuat pada persidangan tahunan Persatuan Psikologi British. Dimana lebih menunjukkan simptom " Post -Traumatic Stress Disorder".

7. Cepat MARAH
Terdapat dalam jurnal iaitu " The Journal of Nervous and  Mental Disease" mengatakan bahawa orang kidal mempunyai negatif emosi. Berbanding dengan tangan kanan, orang yang tangan kidal peserta dalam kajian tersebut menunjukan ketidakseimbangan diantara kiri dan kanan hemisfera apabila memprocess "Mood"
8. Mudah rasa MALU
Ujian untuk mengukur tingkah laku gerak hati terhadap peserta telah dibuat oleh saintis menunjukkan bahawa mereka setuju dengan kenyataan " Saya risau membuat kesilapan" 

So, secara jujur, saya memang kidal, guna mouse pun tangan kiri. Ambik sudu makan, dan tulis.. Huhu.. So muscle tangan kiri lagi kuat dari muscle tangan kanan. Huhu.. 

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

5 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.