Stress dengan Terpaksa "Follow" "Like"
Selamat berkenalan, saya winnie, baby blogger. Masih baru dalam dunia blog. Mungkin ada yang terkejut entry kali ini, dan mungkin ada yang hairan dengan entry sebegini.Tapi harap tiada yang tersinggung hati lah ok? Cuma sekadar luahan peribadi sahaja. Tapi apa pun, rasanya ada orang tengok ker blog newbie macam sa nih?
Mula buat blog motif nak tingkatkan pendapatan, nak dapatkan income melalui penulisan. Saya tahu ambik masa. Tapi apa pun sa coretkan disini, rasa syok pulak mencoret benda-benda yang tidak pernah tengok dalam dunia "Google"
Sebenarnya semasa mula, sa perhatikan blog yang memang bermotifkan hanya pendapatan, mereka buat entry yang "Hot" . Tapi bila "Click" dan baca, penuh dengan iklan. Saya ingatkan itu lah permulaan bagi saya untuk dapatkan lebih viewers dan pendapatan dari situ.
Jadi saya pun buat blog, dan buat entry sensitif yang kaitan isu agama, memang biadap tajuk entry. Tapi itu adalah berita yang saya ambik dari google. Malah siap dengan link yang sah dari berita website. Saya share entry yang mampu menarik perhatian orang ramai. Ada sesetengah agak sensitif dan tidak boleh menerima terutama rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Tambah lagi iklan yang "pop up" terkeluar setiap kali orang nak tekan entry.
Hasilnya ini yang saya dapat dari nuffnang. Amat bersyukur walaupun hanya dapat RM1.15 sahaja. Selain itu saya turut dapat mencecah 2 ribu view dalam masa seminggu.
Tapi sa sedar bahawa perbuatan sebegitu adalah salah. Kenapa? Sebab ini cuma membuatkan orang muak dengan iklan yang bertaburan. So saya belajar dari blog sifu Hasrulhassan .Di situ, banyak saya pelajari.
Untuk mendapatkan blog yang berkualiti seharusnya bagaimana, dan untuk dapatkan banyak pembaca seharusnya bagaimana dan apa impak akan diberi. Informasi yang berkualiti, barulah berkat dengan income yang diberi.
Kini insaf sudah, tidak akan mengulang lagi perkara yang sama. apa yang sa pelajari setakat ini, adalah cara untuk dapatkan traffic
- Kita kena pergi blog orang lain tinggalkan jejak dengan komen blog orang lain.
- Kita promote entry di Facebook group
- Kita join segmen blogwalking yang dianjur oleh blogger lain.
- Kita share di Google+
- Kita join contest yang dianjur olah blogger lain.
Itu lah masalah yang berlaku bila join contest atau giveaway. Kena "Follow" dan "Like" sebagai syarat untuk join contest.
Kalo seorang ja tidak apa, kadang-kadang banyak pulak kena click "Follow" dan " Like. Especially yang Big Giveaway. Actually tidak salah pun tetapkan syarat untuk berbuat sedemikian.
Tapi bagi saya, agak stress, saya click "Follow" & "Like" orang lain, tidak semestinya orang lain akan like dan follow saya juga.
Melainkan orang tu memang nak baca entry saya buat, dan follow secara sukarela.
Kadang-kadang sa lihat orang yang buat entry pasal giveaway pun agak "put effort" juga, sebab mereka nak tingkatkan traffic dengan berikan habuan seperti Free Gift. Mereka letak syarat sebegitu pun tidak salah juga.
So, akhir kata, apa pun, bergantung pada individu masing-masing. Kalo nak join, jangan banyak songeh, ikut ja syarat orang lain. Kalo tidak mahu, tak payah join contest. Biarkan sahaja. Sekian.
begitulah adat dunia blogging.. :)
BalasPadamhuhu... kena sesuaikan diri alam blogging..
BalasPadamDunia blogging beginilah . Hehe
BalasPadamDone follow and BW . Mind follow back .
http://ourlifestoly-bigsbunny.blogspot.com
Ok, thank u follow. Done follow awak juga.. huhu
BalasPadam