Dilema Pelajar Universiti Malaysia Sabah

1/29/2015 12:33:00 PG Unknown 13 Comments


Sebenarnya nampak bro Malek terus dapat ilham nak buat entry pasal dilema di Universiti Malaysia Sabah. Anyway, entry kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri yang duduk selama 9 semester. Ya, terkejut?

Sebenarnya sa sendiri ambik kursus perakaunan. Bukan senang nak belajar, ingat setakat kira 1+1=2 ?. Maka anda salah, subjek perakaunan pun belajar juga konsep, kena juga buat essei macam budak Law, Payah !! huh !! Thats why, secara jujur, sa terpaksa repeat subject yang Fail, sa jatuh, tapi sa bangun dan teruskan sehingga habis. Sekurang-kurangnya tidak bazir duit ibu tunggal sa yang bayar yuran sa ke Universiti untuk belajar. Kalo sa berhenti, apa guna pulak belajar pada mula kan?

So, dalam sepanjang hidup sa dalam UMS ni adalah pengalaman sa sendiri dan bukan menjatuhkan mana-mana pihak atau UMS sendiri, sa percaya student lain pun alami perkara yang sama. Antara sebab-sebab tekanan yang dihadapi adalah :


  • Masalah bus yang sering student berebut. Sa sendiri pun alami juga, belum lagi bus berhenti, dh student berlari arah bus. Bila bus dh berhenti, semua berhimpit dan saling bertolak untuk naik bus. Ada sa perhatikan sendiri, terutamanya student perempuan yang pakai Heels ( bertumit tinggi), Kesian nampak dorng, ada yang jatuh, ada yang terseliuh, dalam keadaan berhimpit tu, ada juga bag tersangkut sebab kena kepit. Macam-macam gelagat student, ada yang tengah berhimpit, kaum lelaki pula terpaksa berada di tepi biarkan student perempuan. Walaupun sudah naik bus, tiada tempat duduk, student sanggup berdiri di dalam bus. Boleh bayangkan la kan? Macam sardin dalam bus tu.. Tapi kebiasaan semasa balik sahaja la, Habis kelas student yang nak bali asrama sentiasa berebut. Tapi kalo dari asrama, beratur pulak.. 


  • Sesi pendaftaran subjek yang mengelirukan. Terutamanya student yang Fail subjek yang hanya ditawarkan setahun. Sa sendiri pun alami juga. Dah memang diberi panduan subjek tu kena ambik, tapi Fail, so next sem pulak tidak boleh ambik subjek yang sepatutnya. Macam contoh, subjek A, mesti kena pass dalam Sem 1 untuk ambik subjek B di Sem 2. Kalo Sem 1, tak dapat pass, maka memang tak dapat lah ambik subjek B, lebih-lebih lagi kalo kena menepati jam kredit. So, apa yang sa buat adalah, lompat ambik subject senior yang lansung tidak memerlukan syarat pass subjek tertentu. atau subjek elektif senior untuk menutup kekosongan. So, jam kredit tidak terkurang tidak terlebih. 



  • Bila dah bangun awal, masuk kelas, tetiba kelas kosong. Rupanya kelas CANCEL. Hah !! Ini la paling sa benci. Dh siap awal, beratur bus dari asrama, sampai class cancel !! Lebih-lebih kalo kawan pun macam bukan kawan lansung tidak beritahu !! Setiap sem lah memang ada macamni, sampai sa masuk tahun ke-empat masih lagi. Agak-agaknya sa ni, kurang aktif tanya orang kot, tapi tak kan la tiap hari tanya ada kelas atau tidak, Tapi kebiasaan ketua kelas akan beritahu di Facebook group, itu pun kalo dia bagitaw sehari sebelum class. Kadang-kadang tu, satu jam yang lepas baru bagitaw. Dh on the way jalan dh, baru cakap dekat Facebook. Logik ke? 


  • Masuk kelas salah. Ini terutama student yang mula semester baru. Student baru macam sa dulu keliru dan bingung, lupa dan tidak tahu di mana kelas kuliah. Sangat memalukan, Tension juga lah, Kalo masuk lambat, lecturer pulak tanya kenapa lambat. huhu...


  • Kena pakai baju formal, tidak boleh pakai baju t-shirt dan seluar jeans ke perpustakaan. Ini lagi satu, ada kalanya sa kurang faham kenapa kena pakai baju formal terutama hanya pergi ke perpustakaan. Ada pernah satu kali, sa pakai jaket dalam t-shirt , dan seluar formal ja, itu pun dikira tidak formal. So pihak perpustakawan halau sa. Terus sa buat muka buruk dan keluar. Student pergi ke perputakaan cari sumber bacaan, bukan pergi mesyuarat, bukan juga jumpa orang besar, kena pakai baju smart-smart buat apa? Pakai-pakaian yang tidak selekeh dan tutup aurat dh ok lah kan?  
Sampai sini jelah dilema yang sa alami sendiri, tapi apa pun, ada juga baiknya dan bagusnya di UMS, bus driver sini friendly. Sa pernah hilang buku yang sa pinjam, bus driver call owner buku tu, nasib lah dapat balik buku, kalo tak entah la macamna nak bayar balik buku kawan sa tu, Tapi apa pun, segala yang dialami, kita perlu belajar untuk sabar, tabah hadapi dugaan. 

So all the best student-student yang blajar di Uni. Tidak kira lah Uni mana pun, belajar bagus-bagus, jangan asyik layan pakwe/ makwe, hancur pelajaran, padan muka sendiri.. huhu.. hanya sekadar peringatan semua.. 


13 ulasan:

  1. setiap u ade masalah pengurusan tersendiri kot.
    Alhamdulillah U sy, masih ok lgi pengurusannye. walaupun sistem pengangkutan belum ok sepenuhnye..

    BalasPadam
  2. bgus la macam tu, yup, memang setiap U ada masalah, tapi masalah tu lah buat kita kena tabah hadapi.. :)

    BalasPadam
  3. setiap U mmg ada masalah masing2.. :) bertabahlah dlm menghadapinya.. at least ada experience dan ambil iktibar dari itu.. :)

    BalasPadam
  4. Yup.. betul sue... huhu..

    BalasPadam
  5. semoga berjaya utk masa yang akn datang. bykkan bersabar dan good luck.fighting...!!

    BalasPadam
  6. Hussein Rider : Terima kasih kata-kata semangat anda..

    BalasPadam
  7. Terlebih jam kredit bole grad ke ?

    BalasPadam
  8. Terlebih jam kredit bole grad ke ?

    BalasPadam
  9. ums x boleh ada kenderaan sendiri ke?

    BalasPadam
  10. Kereta Sewa Afra Kota Kinabalu
    Kereta Sewa Serendah RM70/day *terma dan syarat
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
    Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan

    BalasPadam
  11. Cara terbaru pelajar boleh jana pendapatan hanya melalui aplikasi :) sila baca di Buat Duit Dengan ReadWard

    BalasPadam
  12. I nak quit sebab cinta I ditolak mentah2. 2 tahun menghidap kesedihan amat, sebabkan org yg I minat tu non Muslim tua Bangka x setaraf. I da x tahan sgt2 I nak quit...

    BalasPadam
  13. Kalau nak bawa kereta sendiri masuk UMS boleh ke?

    BalasPadam

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.