Style Rambut Paling Pelik

11/02/2014 09:30:00 PG Unknown 5 Comments

Lazada Malaysia
  1. Jika anda mempunyai kekurangan rambut, anda boleh tiru gaya rambut ini, hanya lekatkan kepala anak patung Barbie. Cukup Bergaya..


2.  Jika anda berada dalam kelas rasa nak tido ja kerja, baik tiru sahaja cara begini untuk mengkaburi mata cikgu anda

3. Perlukan lebih bergaya dengan rambut sedikit pacak dan sedikit gaya cendawan. Ini lah terbaik untuk anda. Jangan lupa letak sekali minyak masak untuk lebih terserlah agar sentiasa sihat dan berkilat sentiasa.

 4. Bagi sesiapa inginkan gaya lebih "cool" cuma perlukan angin yang kuat untuk meniup rambut anda bagi gaya seperti ini.

5. Rambut botak sememangnya membuatkan muka anda rasa bulat. Untuk memberikan anda lebih menawan, Gaya ala-ala misai di kepala sememangnya membuatkan muka anda tidak rasa bulat. 
 

6. Bagi yang ingin rambut yang bergaya malah mampu berfungi menutup telinga. Ini lah yang anda perlukan. Terutamanya anak perempuan yang tidak suka dengar nasihat orang tua. (agak seram juga gaya tangan palsu menutup telinga)
 

7.  Jika anda seorang malu-malu kucing tidak ingin lihat dunia luar. Gaya seperti ini amat sesuai untuk anda. Malah turut memberi keselesaan kepada kutu untuk tinggal bersama. 

8. Anda buka kedai cupcake? Gaya untuk menarik perhatian pelanggan untuk datang ke kedai cupcake anda. Semestinya mudah mengaut keuntungan dengan cara yang senang. 


 9. Anda kekurangan rambut di depan? Ini adalah gaya terbaru bagi anda yang inginkan rambut lebih banyak. Sisirkan rambut lebihan dari belakang ke depan dan nampak lebih tampan dan keyakinan semestinya tinggi kepada sesiapa yang sentiasa berhadap dengan orang ramai.


10. Anda pergi membeli belah lupa bawa bag ? Ini lah khas kepada wanita yang sibuk membeli belah, tapi lupa bawa bag recycle. Mampu muat seberat 50Kg sahaja. 

 11. Gaya terbaru bagi lelaki yang inginkan ekor pada rambutnya. Mampu sapu kelemumur di kolar belakang. Nampak kemas sentiasa.


12. Malas bawa dompet? Ini adalah kreatif tahap maximum. Di mana anda boleh letak duit anda di kepala anda dengan bergaya dompet jenamap LV. Ini mampu mengurangkan gejala kes ragut dikalangan orang ramai.



 13. Inginkan lain daripada yang lain. Rambut bergaya seperti mata membuatkan orang sentiasa rasa diawasi. Sesuai kepada pekerjaan seperti pengawal yang mengawal 24 jam. 


14. "Macai" itu lah orang panggil. "Ma" bermaksud kuda. Namun secara umum, bermaksud budak/anak lelaki. Sesuai dengan gaya sebegini. 


 15. Bagi orang yang bosan boleh ikatkan gula-gula di rambut. Masa lapang boleh makan gula-gula. Cukup manfaat. Dan mampu menarik perhatian askar semut. 

 16. Anda tidak suka tengok jalan anda ke arah mana. Anda lebih suka jalan yang tidak mempunyai tentu hala. Maka gaya rambut sebegini sesuai dengan perwatakan anda. 


 17. Gaya seperti tomato, sememangnya luar biasa. Menunjukkan anda lebih terserlah dan sentiasa merah. Tidak perlu risau jika dalam keadaan sesat. Orang yang mengenali anda mampu mencari anda. 


18. Ada tomato, semestinya ada juga lobak. Gaya ini khas kepada orang yang malas untuk cuci rambut selama 10 tahun. Lepas rambut bertukar seperti benang lebih senang untuk bergaya ala-ala lobak seperti gambar di bawah.

 19. Sesiapa yang memelihara burung. Telur burung akan lebih cepat menetas dengan gaya rambut reban ayam. . 


 20. Ini hanya khas kepada sesiapa yang meraikan Hari Natal. Anda tidak mempunyai pokok Christmas boleh bergayakan sebegini. Hiasa rambut anda dengan menambahkan kotak hadiah kecik dengan ribbon sekali. 


5 ulasan:

  1. harap2 rambut anda tak mcmni..huhu

    BalasPadam
  2. Salam pengenalan, Nama saya Jalalboy. Jemput untuk datang ke blog saya dan follow blog saya.. Jalalboy

    BalasPadam
  3. Memang pelik. Jemputlah ke blog saya atrix96.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Yang letak pala Barbie tu yang seram tu. Dah macam citer hantu lak tengok

    BalasPadam
  5. Malek Ku : Memang tak mcmni pun.. huhu
    Jalal Noy : Salam pengenalan juga..
    Didie Farhan : Terima kasih lawat blog saya,
    Cik Imam : Huhu.. Seram, tapi pelik kan?

    BalasPadam

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.