Kisah Aku dengan Kucing [Part 1]
Kira-kira 2 tahun yang lalu, aku duduk dalam bilik seperti biasa, lepak peruk dalam bilik sambil online. Tetiba dengar suara meow. Adik ku Hilda tetiba kuar dari blik dan berkata
"Ada meow la, dia masuk bilik dari tingkap bilik aku"
Lalu aku cari kucing tu, warna putih dengan tompok oren. Nampak kurus dan suka bermanja bila nampak orang. Tapi pada masa tu, meow telah keluar dan bermanja dengan orang lain. Tidak lama kemudian, Tetiba dengar suara meow seperti menangis. Bila aku kuar ke pintu rumah, dan lihat, rupanya uncle ( Bapa Tiri ku) simbah muka kucing tu dengan cuka. Dengan hati yang sedih dan marah dengan perbuatan uncle. Lalu aku tegur uncle
"Uncle kenapa ko simbah cuka sana? " aku tinggikan suara tanya. Lalu jawab uncle
"Sa sesitive dengan kucing bah, tidak suka dengan kucing. "
Dalam hati aku panas memaki, " Apa lah salah kucing ni, kalo sesitive pun tidak payah la simbah dengan cuka, bodo betul la, sudah lah botak, tembah lagi bodo. Haih.. Sakit hati betul uncle ni., "
Lalu saya angkat kucing yang dalam kesakitan itu, matanya tertutup dan seolah2 bengkak mata. Sambil ku angkat sambil ku tegur uncle " Uncle jangan la simbah kucing dengan cuka "
Lalu uncle membalas dengan alasan yang sama namun aku anggap dia tseperti halimunan dan tidak dengar alasannya. Dengan hati yang pedih melihat keadaan moew dalam kesakitan. Aku bawa meow ke dalam bilik mandi. Adik ku turut ikut serta melihat keadaan meow. Adik ku berbisik di telinga ku dan berkata
"Bodoh juga uncle, sensitive dengan kucing tapi pergi simbah cuka, Bazir ja cuka, "
Lalu ku balas " Yalah, bongok betul."
Dalam bilik mandi aku siram air cuci mata meow dan badannya yang penuh dengan bau cuka. Meow melompat2 ingin lari, tapi aku bercakap dengannya
"Ya.. Ya.. jangan nangis, saya cuci mata kasi hilangkan cuka ok. Jangan risau, ok meow ? "
"Ya.. Ya.. jangan nangis, saya cuci mata kasi hilangkan cuka ok. Jangan risau, ok meow ? "
Aku boleh rasai degupan jantung meow yang laju bagai kuda berlari. Huhu. Dah tentulah takut, kucing tidak suka air.
Lepas habis mandikan meow dan meow akhirnya dapat juga buka matanya yang bengkak. Lalu aku beri arahan kepada adikku untuk ambik tuala, tapi kami berfikir betul kah uncle sensitive dengan kucing?
Aku tanya adikku " Cuba kita test try lap badan meow guna tuala uncle? Kita tengok uncle ni betul ka sensitive sangat? "
Lalu adikku gelak dan cakap "Jom kita try" Tuala uncle cuma ampai sebelah bilik mandi. Lalu kami lap badan kucing titisan air guna tuala uncle. Hua..hua..Hua...
Lepas lap badan, aku arahkan adiku ambik hair blow untuk keringkan bulu kucing lemah ni. Lepas itu, saya blow la kucing yang tidakku kenali asal usulnya dari mana. Setelah habis blo, aku bawa kucing tu ke dalam bilik ku. Demi mengelakkan dari uncle atau mak aku nampak kucing ini. Aku sanggup sembunyikan kucing ini demi keselamatannya.
"Meow jangan la panjat ke keyboard.." Dengan melihat karena meow yang happy sangat anggap aku sebagai penyelamatnya. Bermanja dan pnjat balik ke paha ku. "Kenapa la kurus sangat kamu nih? Siapa lah owner kamu sebelum ni? " Sambil ku usap, sambil ku bertanya. Apa yang dijawab cuma "meowwww"
Gitu lah lalunya sampai ke malam. Bila mak ku balik dari kerja, Dia terdengar bunyi kucing meow dari bilikku. Dengan tegasnya mak aku beri amaran dekat aku keluarkan kucing tu dan bercakap
"Saya tidak mau kucing tu berak dalam rumah ni, kalo dia berak dalam bilik ko macam mana? "
Saya jawab " saya akan cuci dan bersihkan taik dia la ! "
"Saya tak kesah, Tu kucing mesti kuar dari rumah ni. ! "
Lalu dengan sedih hati ini, aku lepaskan kucing ke luar.
To be continue...
0 ulasan:
Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.