Cara Buat CheeseCake Tanpa Oven

9/27/2014 08:12:00 PTG Unknown 0 Comments

27/9/1963 itu la hari kelahiran ibu kesayanganku. So saya ingin sediakan cake untuk ibuku dan berikan kejutan. Boleh dikatakan first time buat cake di rumah untuk mumy. So kena la special cikit.  Daripada pergi makan pizza tiap kali birthday, bgus lagi saya buat benda yang xpernah dibuat dan makan di rumah jn?? Actually saya ni, creative la juga.. (konon la, sendiri puji sendiri... perasan lebih..tidak tahu malu la ni winnie..huhu)

Terima kasih kepada Youtube juga. Sebab tanpa Youtube Saya pun tak akan siap cake ini dengan sempurna. Hehe.. So ini hasil yang saya telah buat.. So kalo ada orang area Sabah mw order boleh contact la saya ya.. huhu.. (macam la terel sangat.,,).



Ingredient sangat simple. Cara buat pun simple. 

Bahan yang diperlukan adalah : 

Base : 
  1. 1 bungkus oreo (15 biji)
  2. Butter (separuh ketul butter 100g)
Cara penyediaan base:
  1. Lenyetkan biskut oreo sehingga seperti ini (boleh guna blender, boleh guna cara tradisional lesung batu)
  2. Cairkan butter dan campurkan ke dalam oreo yang telah dilenyet tadi. 
  3. Gaul sebati dan masuk ke dalam loyang tepek dengan spatula atau sudu.

Fillings:

  1. Oreo (1 bungkus, dipatahakan secaara kasar )
  2. Whip cream (250g)
  3. Gula halus (50g)
  4. Gelatin cristal (8g)
  5. Air (4 tbsp)
  6. Cream Cheese (500g)
  7. Vanilla esen (1 sudu)
Cara penyediaan fillings:
  1. Campurkan gelatin dengan air dan gaul di atas mangkuk air panas sehingga dilarutkan.
  2. Pukul whip cream sehingga pekat dan kembang dan biarkan.
  3. Pukul cream cheese sehingga jadi lembut. Masukkan gula kedalam cream cheese yang dipukul. Terus pukul dan masukkan gelatin yang tadi telah dilarutkan. Campur gula. Terus pukul sehingga kembang. 
  4. Campurkan adunan whip cream yang telah dipukul ke dalam adunan cream cheese tadi. 
  5. Masukkan vanilla esen. 
  6. Terus pukul sehingga adunan yang dicampur kembang dan boleh bentuk seperti gunung kecik. 
  7. Campurkan oreo kan telah di patahkan secara kasar.

    Gelatin campur dengan air dan digaul
    Whip cream dipukul
    Lepas tu letak la campuran whip cream dan cream cheese tu ke dalam loyang yang mempunyai oreo base tadi. lepas tu ratakan permukaan dan masuk ke dalam ice box (selama 4 jam) atau freezer (selama 2 jam).

Tada... Siap !! Awak buat la decoration sendiri guna oreo ker. Atau pun letak la buah ker.. Supaya xrasa muak sangat.. 



0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.