Rasional sebalik GST

2/15/2015 01:23:00 PTG Unknown 6 Comments


Apa itu GST? sa rasa tidak perlu jelaskan. Tapi apa rasionalnya bagi laksanankan GST?

Anda wajib ambil tahu.

Sebenarnya GST bagaimana diwujudkan?
Orang pertama yang memperkenalkan GST adalah :
Wilhelm von siemens

Negara pertama yang berjaya mengadaptasi system GST adalah negara Perancis pada tahun 1954. Malaysia mengeluarkan idea untuk menggunakan GST adalah pada tahun 1988. Pada tahun 2009 adalah pertama kalinya dikemukakan dalam parliament.

Setakat ini terdapat 160 negara telah menggunakan sistem GST.

Antara sebab dan rasional sebalik GST adalah:

#1 Memperkukuhkan persaingan antarabangsa. 
Singapura memperkenalkan sistem GST pada 1 April 1994. Dengan menggunakan GST, ia mampu menampung kerugian daripada pengurangkan cukai pendapatan. Maka kadar cukai pendapatan syarikat akan dikurangkan begitu juga dengan cukai pendapatan individu.


#2 Memberi sumber pendapatan yang stabil daripada hasil cukai yang lain. 
Jika mengikut statistic negara Singapura, jumlah cukai dikumpul daripada hasil GST pada tahun 2013 adalah 22.89%, ia meningkat sebanyak 5% berbanding pada tahun 2012.


#3 SST (Sales & Service tax) sistem yang digunakan mempunyai masalah.
Masalah yang dikatakan adalah dimana ia memberi beban kepada pengguna atas sebab  Double Taxation (cukai dua kali) dikenakan Sales Tax : 6%, Service Tax : 10%. Dengan mengunakan GST, pengguna akan lebih memahami sama ada barangan yang dibeli dikenakan cukai atau tidak dengan jumlah yang dibayar.


#4 Hanya 2.2 million iaitu 17% pekerja bayar cukai pendapatan daripada 12 million pekerja. 
Ia mengalihkan beban cukai daripada cukai lansung kepada cukai tidak langsung. Malaysia perlu mengurangkan kadar jumlah yang bergantung daripada cukai dikutip dariupada cukai pendapatan.Ini akan mengurangkan kadar cukai pendapatan daripada 26% kepada 25% dan cukai korporat dari 25% hingga 24%.

Sumber :
(PDF) : Singapore's GST ' Rationale & Prospect
(PDF) : Indirect Tax-GST 
(PDF) : GST in Malaysia

malaysiantoday.com

siemens.com




Entry seterunya impak yang akan diberi dalam GST.. So stay tune..

6 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Sebelum & Selepas Edit Kucing Ku !!

2/08/2015 04:17:00 PTG Unknown 0 Comments

Ni hari terasa nak edit-edit jap guna photoshop.. walaupun hasilnya buruk.. tapi apa ku kesah. sa punya suka lah.. kikiki...


Ni gambar meow yang terngah tido  berkangkang di katil ku.. Sorry messy... so sa "blur background" tuh.. heheh..


Nak tw tak apa hasil sa buat lepas edit meow ni? 

Cuba bayangkan dan keluarkan imaginasi anda.. dan sa edit meow sa yang tengah tido ni, dia tengah menari... kikiki...

Dang..Dang..Dang... Ni lah hasilnya...


Dia tengah menari salsa ni... eh bukan.. menari tarian Mexico... 
Yeeeehaaa....
Cantik tak? 

Oh ya !! 
Sa rasa akan buat entry pada tiap minggu sahaja la.. so stay tune next week entry..
Bye..bye..

0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Perkara Perlu Buat Bila mula Praktikal

2/08/2015 02:47:00 PG Unknown 2 Comments


Hai.. apa khabar... dh seminggu lebih tak buat entry..

Pasal minggu pertama buat praktikal untuk kursus perakaunan sa, dah tak da masa buat entry. Tapi, apa pun, nak buat juga entry pasal apa perlu buat sebelum anda, student luar dekat sana, yang bakal buat praktikal nanti. 

Actually, ini hanya berdasarkan apa yang sa rasa  patut bersiap sedia untuk bakal praktikal nanti. 

Sebelum mula :
#1 Sediakan Borang & Document yang diperlukan
Ada sesetengah company yang student sendiri apply tu, perlukan detail secukupnya seperti :
     #Resume
     #Cover letter.
     #Photocopy sijil (Jika diperlukan kalo boleh sijil berkaitan academic, kalo sijil pasal pertandingan        ratu cantik ka, pertandingan melukis ka, tu rasanya tak penting bagi dorng tengok lah..)
    #Photocopy keputusan result

#2 Sediakan baju apa yang "Sesuai" untuk kerja
Ni mungkin ada yang rasa tak penting sangat, tapi bagi sa penting, since time pergi class dengan pergi praktikal lain. Kalo pergi kerja kena pakai "Smart" cikit. Kalo pergi skolah, pakai selipar pun tak pa.. hehehe, (opps..kantoi..)

#3 Belajar balik basic apa yang telah belajar di class
Mostly student lepas habis exam, terus enjoy berhabis. Tapi bila mula praktikal nanti, "blur" sebab benda yang telah belajar di class, memang digunakan dalam kerja. Macam sa, kursus perakaunan, Basic "DEBIT" dengan "KREDIT" kena kuat, kena paham, kalo tak, kena perli time mula kerja nanti padan muka sendiri.. (hahaha). Apa yang sa buat, sa tengok youtube, tapi sa tengok youtube mengenai GST yang memang amat diperlukan dalam perakaunan, cara bagaimana untuk "key in" dan apa transaksi dan amount yang perlu diambil kira. 

Selepas mula :
#4 Jaga disiplin diri
Memang kena jaga disiplin diri, kalo tak jaga, nama university atau kolej sendiri yang tercemar. Sebab awak praktikal kat sana, awak bawa nama universiti atau kolej sebagai student untuk praktikal. Nanti kalo boss company nampak awak buruk disiplin, universiti awak yang kena burukkan, Contoh, kehadiran, kalo boleh datang awal jangan selalu datang kerja praktikal lambat. Walaupun tempat praktikal tu jauh macam mana sekali pun, "Traffic jammed" bukan alasan untuk datang lambat. Macam sa sendiri, tinggal pekan "Tuaran" jauh dari "Luyang". 

Selain tu, jangan main handphone time kerja. Sebab banyak orang perhatikan awak time praktikal nanti. Sa teringat lagi hari pertama sa jejak ke dalam office, sa kena tegur olah manager perempuan tu, dia cakap " Oh ya, kami ada satu peraturan dekat sini, masa kerja tidak boleh pegang handphone dan tidak boleh sms" Fuhhh.. kena tegur... padan muka sendiri lah... 

#5 Aktif Bertanya, Jangan segan bertanya
Tapi nak tanya pun berpada-pada juga lah, jangan lah setiap detail kecik pun nak tanya, kalo betul tak paham baru lah tanya.  Tapi kalo benda tu betul-betul tak paham, jangan pulak diam diri, nanti orang cakap kita ni " Bodoh sombong" dh tak taw, baik tanya. 

Sampai sini jala list yang perlu ada. Apa pun semoga berjaya kepada yang study dan kepada yang praktikal juga. 




2 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.

Lagu Doraemon Versi Melayu !!

2/01/2015 02:40:00 PG Unknown 0 Comments

Nah !! Siapa tengok Doraemon kartun?

Sa sendiri pun tengok juga..
Jom tengok lirik dia dalam versi melayu.
Rupanya orang yang buat lirik tu orang Sabah !!
Salute !!

Pemilik account facebook page MagicTawau
Sebenarnya kumpulan MagicTawau dahulunya membuat silap mata di tepi jalan. Sekarang dah up buat persembahan di majlis-majlis. Orang yang bernanyi tu sendiri adalah bernama Abdullah Alif


Serious lawak .. Jom tengok sendiri !!




Sumber :

0 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.