Pengalaman Pakai Braces A.K.A Pendakap Gigi Di Dr Faiz Dental Surgery

Helo.. Long Time No See...

Sorry lama tiada post.. Kira sudah 1 tahun tiada update post. Sebab macam-macam benda tidak sempat cerita di sni.

Sa cerita semua sekaligus la senang supaya tiada Part 1, 2, 3. Sa pun busy kerja selalu lupa update post. Sebenarnya baru-baru ni, sa perasan banyak kawan-kawan diluar sana cari sa inbox sa tanya pasal buat Braces lepas sa siap buat dan bagi rating review di Facebook Page Dr Faiz Dental Surgery.

Mula-mula saya pun macam kamu semua juga, research cari, check dulu Doktor Gigi mana yang paling murah, qualiti bagus yang penting cepat process tidak perlu tunggu or booking selama satu tahun lebih untuk sampai giliran sa. Finally sa cari ni Dr Faiz Dental sebab terbaca post Sophielouie.

Pertama, Check Gigi Bandingkan Harga
Sa buat check up gigi sa area Putatan punya dental clinic;
1 .  Klinik Pergigian Putatan (Bayar RM25 check up & consultation bagi sa mahal la, tengok2 gigi sa and then consult cikit for RM25 macam no value for money )
2.  Dr Faiz Dental ( FREE of Charge checkup & Consultation).

Sa tanya doktor gigi berapa biji gigi sa perlu cabut?

Klinik pergigian Putatan :  Doktor perempuan cina cakap perlu cabut 2 biji atas dan 2 biji di bawah Harga pasang braces :  anggaran RM6,000 - RM8,000
Deposit : RM500
Installment : RM200 - RM500 (sumber Facebook page dorng reply inbox)

Dr Faiz Dental : Doktor Hisham cakap "Depend, maybe 3 biji" and "Tapi kena tengok keadaan, kami suggest tidak cabut gigi customer kecuali ada rosak atau sebagainya"
Harga pasang braces: ada 3 jenis boleh pilih-pilih,

  1. Traditional ( Ada warna boleh pilih-pilih tali besi)
Deposit : RM500/ RM1,000 (Bole negotiate deposit sebab kawan sa bayar RM500 ja)
Installment : RM300 /RM250

 2. Litigation/ Self Litigating (Tiada warna bole pilih)
Deposit : RM2,000
Installment : RM300

3. Ada Paling Mahal Entah apa nama mcm cristal clear pny
Harga anggaran : macam sampai RM10,000 + (lebih kurang macam gitu la, sa pun tidak ingat sebab memang tidak terfikir maw buat mahal)




Kedua, Buat Appointment Seterusnya 
Lepas consult buat perbandingan, sa pun tengok juga harga dorng cabut gigi berapa scalling berapa, sebab before start pasang braces, memang kena buat dulu scalling (cuci gigi). Sa set appointment maw jumpa Dr Faiz buat scalling buat X-Ray. So sa sedia around RM300 mana lah manataw kena cabut gigi.

Dia mula-mula buat X-Ray (RM100), lepas tu dia baru Scalling (cuci gigi harga tidak ingat berapa)
Memang sakit la cuci gigi, bayankan gigi karang bertimbun di gigi tidak pernah kena cuci guna mesin, fuhh mw karate dengan mesin sudah tangan kaki sa bergerak-gerak. Doktor pulak suruh sa relax ya.. relax ja.. dalam hati sa fikir macam mana maw relax? Sakit baituh...
So second appointment sa bayar RM200+ sebab sa buat X-ray dengan scalling ja, tiada gigi rosak, tidak perlu cabut.. yehhhaaaa..

Ketiga, Moulding & Pasang Braces
Masuk appointment ketiga sudah boleh pasang braces. Cepat ow..Kira macam seminggu check next minggu scalling X-ray, then terus boleh pasang sudah braces. Rasa exited.  Sebelum buat braces, Sa kena bagi surat agreement tuk baca dan fahami pilihan braces yang mana mahu. So sa decide pilih Litigation/self litigating, sebab sa tengok tempoh kesan awal lurus ambik masa kurang dari 2 tahun. Lepas tu Nurse Dr Faiz akan minta kita buat dulu moulding. Ni kira macam dorng maw ambik sample gigi rangka kita tuk buat kajian. Macam konon ambik shape gigi kamu la gitu maksudnya. Bau macam ubat gigi lembut2 lepas tu akan jadi keras dan doktor akan kc kuar bentuk yg dorng sdh dapat dari gigi kita. Then start pasang braces pergi bilik lain. Dr Faiz dengan nurse start pasang braces.  Kalo tidak silap, Jam 9.30 sa smpai, jam 10 lebih sudah siap pasang. Cepat doktor Faiz. Bukan sa maw puji la, Tapi mmg cara dia buat cepat also lembut ja cara dia bercakap.

Lepas habis pasang, doktor Faiz akan explain dulu mengenai gigi kita and then cakap kita akan rasa tidak selesa untuk beberapa hari, tidak boleh makan benda keras. Sa pulak ow..ow..ow.. tapi tidak percaya apa yang tidak selesa. Sa rasa oke ja pun..

TAPI..balik rumah sudah start sakit gigi.. Seminggu tu memang sakit maw mampus.. tidak bole tido makan pun susah orang cakap Tido Tak Lena, Makan Xkenyang, Mandi Tak Basah. Uinahh tiap malam mengeluh cakap "SAKIT" . Satu bulan sa memang masak bubur makan, jimat duit tapi ambik masa masak. Bole kah kamu bayangkan buka mulut masukan sudu yang ada bubur pun susah ow.. Terpaksa jilat la tu bubur di sudu..Gosok gigi pun kena slow2 gosok. Bukan calang2 sakit tu.. ngilu sampai masuk otak !!!.. Bole-bole pulak sa kempunan maw makan KFC masa sakit gigi...
ADOI.... tapi itu la pengalaman sa ..


Tadaaaa.. Sebelum pasang and selepas pasang FIRST DAY

Sekarang sudah lebih kurang 7 Bulan lepas pasang braces. Memang cepat la lurus gigi bawahku.. huhuuu. tiada sudah kuar masuk tu gigi...

Ini gambar lepas 4bulan. Nampak sudah lurus cikit.. Yang penting sekali, tidak perlu cabut sebiji gigi ! Happy !!

Selepas 4 bulan pakai braces


So if anyone minta advice apa semua sa sudah jawab semua soalan kamu di sini.. Ada apa2 boleh comment saja lah.. Thank.. adios..


Pengalaman ke Labuan Dari Sabah Part 1

    
Mana nak start ehh? Ok, start dari penggunaan transport dari Sabah ke Labuan, ada 2 alternatif, salah satu naik feri 3 jam dari Sabah Jesselton pelabuhan sampai terus ke Labuan, Tapi sa tak nak peruk dalam feri, sebab peruk dalam rasa nak mabuk laut, maklum lah, xdapat hirup udara luar, duduk dalam ja, kalo ombak kuat, nahhh habis la otak berpusing.. Huhuhu.. Alternatif kedua, sa lebih suka naik bus 2 jam lebih, sampai lah ke Menumbok, daerah kecil di Sabah. Bus station menumbok terletak dekat Mahkamah Negeri Sabah, Bersebelahan dengan KFC. Tambang cuma RM15 kalo nak minta diskaun lah, Harga asal RM18 sudah sekarang.



Lepas tu, naik bus sampai lah terus ke menumbok selama 2 jam lebih, turus terus sampai menumbok pelabuhan jeti, Besar feri.. feri yang bileh muat kenderaan, cuba teka harga ticket untuk penumpang ja? Kalo kenderaan tuh tak tw lah.. Sa bayar ticket cuma RM2.50 jer !! Dulu RM5... Huhu..
Tapi sebelum naik feri, kena bayar dahulu cukai, RM1.50. So jumlah one way ke Labuan ni cuma RM19 !! 

Best !!! Berbanding dengan naik Feri 3 jam peruk di dalam tuh, RM45.

Paling best sekali bila kita malas tengok tayang movie disiarkan di dalam feri, boleh kita kuar tengok laut dan hirup udara luar..  

Okeh sampai sini jelah, sambung cerita selanjutnya di part 2. 

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H


Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

Antara syarat adalah : Masukkan blog ini di dalam bloglist anda. Follow blog ini menerusi Google Plus (https://plus.google.com/+Hasrulhassan) dan klik +1. Buat satu entri khas bertajuk 'Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H' dan tampal atau letakkan banner segmen ini di dalam entri tersebut. Pastikan ia link ke entri ini. Anda juga boleh salin tampal kod HTML yang disediakan di bawah dan masukkan ke dalam entri blog anda.

Pengalaman kerja Sebagai Production Clerk

26 August 2015.
Bermulanya aku berjuang sebagai pekerja Production Clerk. (ala, jawatan kecik jer).

Dari hari pertama sehingga hari ini, ku kira sudah capai hari ke-30 ku bekerja.

Sangat berbesar hati dapat kerja dengan syarikat ini dengan rasa tenang tanpa sebarang tekanan mental dan fizikal dengan mencari file (Pengalaman buruk semasa praktikal mencari file dalam store kecik).

Kini ku bebas dari puak yang bergelar senior berlagak dan tegas terhadap ku dengan peraturan yang mengarut. (Peraturan tak boleh pegang phone, tapi senior main plak depan manager)

Berasa bangga dan gembira, budak lepasan praktikal seperti aku dapat gaji basic RM900 walaupun bukan ada pengalaman bekerja.

Kali pertama menjejak banguan yang bertingkat 2, dengan panjang dan lebar sama seperti shopping komplex.

Perasaan gembira apabila diberi orientasi daripada staff Kemanusiaan, mengatakan bahawa aku boleh memakai selipar ke tempat kerja.

Ternga-nga dibuatnya apabila terdapat kemudahan dapur yang besar seperti bilik master room. Kemudahan memasak, kemudahan menyimpan makanan sejuk dan kemudahan memanaskan makanan dengan microwave. Siap adanya 4 kerusi di setiap 6 meja makan, ia seperti dalam kedai restoran kecik

3 pantry yang disediakan kepada pekerja yang kerja disini. Tingkat bawah satu pantry, tingkat atas 2 pantry. Bagiku, ini seolah-olah mini homestay. Cuma bezanya tidak mempunyai bilik untuk mandi.

Oh.. Happynya aku..

Bila mulanya hari pertama kerja, aku diajar untuk request peralatan yang diperlukan di reception. Seriously first time company yang sediakan segala peralatan untuk setiap staff (Calculator, pencil, pen, correction pen, gunting, celotape, punch,stapler, highlighter pen).

Dua minggu kemudian, ku diberi almari khas untuk menyimpan file atau barangku atas permintaan dari managerku terhadap orang atasan. (Terima kasih)

Bertuahnya aku syarikat sebegini menerima aku walaupun kerja sebagai production clerk dengan kelulusan perakaunan ku pelajari di UMS.

Namun, aku percayai, ini lah pengalaman yang terbaik buat ku. Aku percaya akan ku menerusi bidang perakaunan dalam pekerjaan pada suatu hari nanti. Cuma bukan ini hari.


Wishlist Saya Tuk Masa Depan

Banyak benda nak buat dalam hidup saya.

Selagi hidup selagi tu lah enjoy apa yang ada nikmati hidup.

Sa ni jenis yang suka benda lasak juga. Huhu.. So, Wishlist yang akan sa capai adalah sepert berikut


1). Main roller coaster


Dalam hidup xpernah naik lah.. Naik yang kecik di KL shopping mall pn jagi lah.

2). Main Flying Fox

Nak rasa terbang di udara tu macam mana. Dah pernah naik kapal terbang, bezanya xdapat hirup udara luar ja.

3). Melancong Seluruh Negeri Malaysia
Sebelum keluar negara baik kenali tempat yang best di Negara sendiri dulu. Nanti Mat Salleh tanya apa yang best di Malaysia, tak kan ternga-nga cakap tak tw. Buat malu ja.

4) Melancong di Negara Asia
Puas melancong di negara sendiri baru lah melancong di negara luar. Tapi nak pergi negara Asia dulu. Dekapt negara kita pun okeh juga. Macam Indonesia, Bali. China ka, Kalo negara dorng da masalah boleh pergi Korea ka, Jepun ka. Atau Singapore pun ok jg.. Maklum lah, Cik Winnie bagai katak bawah tempurung. Tak pernah kuar jelajah tanah negara luar.. Huhu..

Sekian sahaja Wishlist Kali Ini. Tak tw lah boleh makbul atau tak wish list ni. Harap dapat makbul. Huhu.






Kenapa Saya Bukan Aku?


Saya, Aku, Kau, Engkau, Ko, Awak,

Bangun pagi tetiba terfikir soalan pertama, kenapa "saya" bukan "aku" eh?

Sama maksud tapi berbeza dari segi dialek dan penggunaan

Dah lama sa terfikir, tapi sa rasa perkataan "Saya" lebih sesuai, Di Sabah pun sama juga, ada sesetengah daerah atau kawasan guna perkataan "AKU"

Bukan ja semananjung guna perkataan AKU, tapi selalunya orang yang pandai dalam penulisan cerpen lebih pada penggunaan "AKU" setuju tak?

Ada sesetengah orang mengatakan perkataan "AKU" kasar cikit, Tapi bagi sa, Tak kesah pun, asal paham,

Begitu indahnya bahasa kita. Huhu

Tapi kadang2 pun sa guna juga perkataan Aku.

Jadi ada pepatah yang selalu keluar di siaran TV "Bahasa Jiwa Bangsa"



Rasa Itik yang pelik

Ada Rezeki jangan ditolak

Itu lah yang terpapang dalam otak.

Minggu lalu dalam pejabat, manager bawa 3ekor itik dan tanya, "Nak itik tak? Saya da beli extra nih" (Dalam bahasa cina)

Rasa segan nak terima offer, aku cuba menolak dengan alasan, duit gaji belum masuk lagi,

"Tak pa, nanti gaji bayar la, hutang dluan pun tidak apa "

Aku bagi lagi alasan tak tau macam mana nak masak itik.

"Kukus pun boleh, Goreng pun boleh"

Dalam otak dah tiada alasan lagi, jadi aku pun terima ja itik yang masih sejuk beku dalam plastik.

Sampai di rumah, tunggu hari esok baru masak, Belum ada idea cara nak masak.

3hari itik diperap dalam peti sejuk, aku membuat keputusan nak masak ala orang putih, bakar itik dalam oven.

Potong kaki, potong leher itik, Dengan rasa bersalah aku berkata dengan itik "Sorry lah ya, sa mw masak ko ni,"

Aku lihat mata itik yang dah tertutup rapat, seolah-olah tengah tidur. Perasaan seram dan sedih pun ada pada itik tu.

Bahan di rumah tidak cukup, cuma gunakan bawang besar sebagai bahan sampingan, Perap itik dengan kicap, perencah, garam dan gula.

Siap perap, sedia masukkan dalam oven.

Tengok google berapa lama nak biarkan dibakar ye?



Maklumlah, pertama kali masak itik, dulu masak ayam cara macamni juga, 

Tiiinggggg !!! Selepas satu jam menunggu.

Siap masak, aku keluarkan itik bakar. Cantik.. !! Nampak sedap. Aku panggil adik ku tuk keluar dan makan. Segera adik ku ambik nasi dan menuju arah ruang tamu. 

"Try lah, ni pertama kali masak itik, entah la macamna rasa, kalo xsedap, Tak payah makan lah" Perasaan "Sixth Sense" muncul memang adik aku tak reti makan nih.

Aku ambik peha itik gigit, rasa pelik, seperti ayam yang rasanya darah dalam daging yang hanyir. Adiku gigit pertama "Macam rasa kambing lah"

Aku jawab "Yaka?"

Gigit kedua kali, "Macam pelik lah rasa itik ni"Adik ku cakap.

"Yaka? memang pelik pun rasa itik, rasa macam hanyir, Kalo gtu jangan makan lah, bagi abang ko makan" 

Lain kali,tak nak lah masak itik, baik masak ayam jelah. Bazir.