Pengalaman kerja Sebagai Production Clerk

10/06/2015 12:55:00 PTG Unknown 1 Comments

26 August 2015.
Bermulanya aku berjuang sebagai pekerja Production Clerk. (ala, jawatan kecik jer).

Dari hari pertama sehingga hari ini, ku kira sudah capai hari ke-30 ku bekerja.

Sangat berbesar hati dapat kerja dengan syarikat ini dengan rasa tenang tanpa sebarang tekanan mental dan fizikal dengan mencari file (Pengalaman buruk semasa praktikal mencari file dalam store kecik).

Kini ku bebas dari puak yang bergelar senior berlagak dan tegas terhadap ku dengan peraturan yang mengarut. (Peraturan tak boleh pegang phone, tapi senior main plak depan manager)

Berasa bangga dan gembira, budak lepasan praktikal seperti aku dapat gaji basic RM900 walaupun bukan ada pengalaman bekerja.

Kali pertama menjejak banguan yang bertingkat 2, dengan panjang dan lebar sama seperti shopping komplex.

Perasaan gembira apabila diberi orientasi daripada staff Kemanusiaan, mengatakan bahawa aku boleh memakai selipar ke tempat kerja.

Ternga-nga dibuatnya apabila terdapat kemudahan dapur yang besar seperti bilik master room. Kemudahan memasak, kemudahan menyimpan makanan sejuk dan kemudahan memanaskan makanan dengan microwave. Siap adanya 4 kerusi di setiap 6 meja makan, ia seperti dalam kedai restoran kecik

3 pantry yang disediakan kepada pekerja yang kerja disini. Tingkat bawah satu pantry, tingkat atas 2 pantry. Bagiku, ini seolah-olah mini homestay. Cuma bezanya tidak mempunyai bilik untuk mandi.

Oh.. Happynya aku..

Bila mulanya hari pertama kerja, aku diajar untuk request peralatan yang diperlukan di reception. Seriously first time company yang sediakan segala peralatan untuk setiap staff (Calculator, pencil, pen, correction pen, gunting, celotape, punch,stapler, highlighter pen).

Dua minggu kemudian, ku diberi almari khas untuk menyimpan file atau barangku atas permintaan dari managerku terhadap orang atasan. (Terima kasih)

Bertuahnya aku syarikat sebegini menerima aku walaupun kerja sebagai production clerk dengan kelulusan perakaunan ku pelajari di UMS.

Namun, aku percayai, ini lah pengalaman yang terbaik buat ku. Aku percaya akan ku menerusi bidang perakaunan dalam pekerjaan pada suatu hari nanti. Cuma bukan ini hari.


1 ulasan:

  1. Do you understand there's a 12 word sentence you can say to your man... that will induce intense emotions of love and impulsive attraction for you buried inside his heart?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that triggers a man's impulse to love, look after and look after you with his entire heart...

    12 Words That Trigger A Man's Love Response

    This impulse is so built-in to a man's genetics that it will drive him to work better than before to do his best at looking after your relationship.

    Matter-of-fact, triggering this influential impulse is so binding to having the best possible relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...

    ...You will instantly notice him expose his soul and heart for you in such a way he never expressed before and he will distinguish you as the one and only woman in the universe who has ever truly understood him.

    BalasPadam

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.