Perkara Perlu Buat Bila mula Praktikal

2/08/2015 02:47:00 PG Unknown 2 Comments


Hai.. apa khabar... dh seminggu lebih tak buat entry..

Pasal minggu pertama buat praktikal untuk kursus perakaunan sa, dah tak da masa buat entry. Tapi, apa pun, nak buat juga entry pasal apa perlu buat sebelum anda, student luar dekat sana, yang bakal buat praktikal nanti. 

Actually, ini hanya berdasarkan apa yang sa rasa  patut bersiap sedia untuk bakal praktikal nanti. 

Sebelum mula :
#1 Sediakan Borang & Document yang diperlukan
Ada sesetengah company yang student sendiri apply tu, perlukan detail secukupnya seperti :
     #Resume
     #Cover letter.
     #Photocopy sijil (Jika diperlukan kalo boleh sijil berkaitan academic, kalo sijil pasal pertandingan        ratu cantik ka, pertandingan melukis ka, tu rasanya tak penting bagi dorng tengok lah..)
    #Photocopy keputusan result

#2 Sediakan baju apa yang "Sesuai" untuk kerja
Ni mungkin ada yang rasa tak penting sangat, tapi bagi sa penting, since time pergi class dengan pergi praktikal lain. Kalo pergi kerja kena pakai "Smart" cikit. Kalo pergi skolah, pakai selipar pun tak pa.. hehehe, (opps..kantoi..)

#3 Belajar balik basic apa yang telah belajar di class
Mostly student lepas habis exam, terus enjoy berhabis. Tapi bila mula praktikal nanti, "blur" sebab benda yang telah belajar di class, memang digunakan dalam kerja. Macam sa, kursus perakaunan, Basic "DEBIT" dengan "KREDIT" kena kuat, kena paham, kalo tak, kena perli time mula kerja nanti padan muka sendiri.. (hahaha). Apa yang sa buat, sa tengok youtube, tapi sa tengok youtube mengenai GST yang memang amat diperlukan dalam perakaunan, cara bagaimana untuk "key in" dan apa transaksi dan amount yang perlu diambil kira. 

Selepas mula :
#4 Jaga disiplin diri
Memang kena jaga disiplin diri, kalo tak jaga, nama university atau kolej sendiri yang tercemar. Sebab awak praktikal kat sana, awak bawa nama universiti atau kolej sebagai student untuk praktikal. Nanti kalo boss company nampak awak buruk disiplin, universiti awak yang kena burukkan, Contoh, kehadiran, kalo boleh datang awal jangan selalu datang kerja praktikal lambat. Walaupun tempat praktikal tu jauh macam mana sekali pun, "Traffic jammed" bukan alasan untuk datang lambat. Macam sa sendiri, tinggal pekan "Tuaran" jauh dari "Luyang". 

Selain tu, jangan main handphone time kerja. Sebab banyak orang perhatikan awak time praktikal nanti. Sa teringat lagi hari pertama sa jejak ke dalam office, sa kena tegur olah manager perempuan tu, dia cakap " Oh ya, kami ada satu peraturan dekat sini, masa kerja tidak boleh pegang handphone dan tidak boleh sms" Fuhhh.. kena tegur... padan muka sendiri lah... 

#5 Aktif Bertanya, Jangan segan bertanya
Tapi nak tanya pun berpada-pada juga lah, jangan lah setiap detail kecik pun nak tanya, kalo betul tak paham baru lah tanya.  Tapi kalo benda tu betul-betul tak paham, jangan pulak diam diri, nanti orang cakap kita ni " Bodoh sombong" dh tak taw, baik tanya. 

Sampai sini jala list yang perlu ada. Apa pun semoga berjaya kepada yang study dan kepada yang praktikal juga. 




2 ulasan:

Segala post adalah hak milik Saya Winnie. Sila comment yang bagus-bagus. Jangan memaki hamun. Datang nak baca, dipersilakan, jika xsuka baca sila golek balik ke tempat asal anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima Kasih.